Cara Pemasaran di eBay – Bahagian 1

0

Hari ni saya nak kongsi dengan anda cara pemasaran di eBay – Bahagian 1 dulu ye sebab ada banyak cara pemasaran yang boleh anda sebagai seller lakukan untuk mendapat banyak lagi jualan di kedai eBay anda.

Sebagaimana yang anda tahu persekitaran berkembang pesat dengan trend baharu, teknologi baharu, produk baharu, pasaran baharu dan pesaing baharu. Dengan perkembangan semua ini, untuk anda memastikan produk anda laku keras, anda perlu menggunakan banyak kaedah pemasaran.

Pasaran seperti eBay juga sedang berkembang dan menawarkan cara baharu untuk mempromosikan produk.

Bagaimanakah anda boleh mengiklan di eBay? Apa yang perlu anda perhatikan? Cara pemasaran yang bagaimanakah yang patut anda gunakan? Apakah perubahan yang terdapat dalam cara pemasaran di eBay pada tahun 2022?

Berikut saya senaraikan beberapa cara pemasaran di eBay (Bahagian 1):-

1. Nama Produk (Title)

Mulakan dengan nama produk (title) kerana itulah yang dilihat oleh pembeli dan algoritma carian pada mulanya.

Cara Pemasaran di eBay - Bahagian 1 1

Optimumkannya untuk enjin carian eBay, ini akan meningkatkan peluang untuk mendapat tempat yang baik dalam ‘result’ carian.

Kata kunci (keywords) harus berada di awal tajuk atau nama produk.

Anda perlu berfikir seperti bakal pelanggan anda. Apakah yang anda akan masukkan dalam carian untuk mencari barangan yang anda inginkan dengan cepat? Fikirkan tentang istilah carian yang akan digunakan oleh pelanggan anda.

Anda mempunyai 80 aksara yang boleh digunakan, gunakannya dengan baik.

2. Subtitle

Subtitle ialah pilihan tambahan yang boleh anda gunakan di eBay. Apakah fungsi subtitle? Ia memberi anda peluang untuk memberitahu bakal pembeli lebih lanjut tentang item anda.

Anda mempunyai 55 aksara untuk meringkaskan subtitle, yang akan kelihatan dalam hasil carian.

Subtitle yang anda ingin masukkan akan dikenakan caj oleh eBay. Jadi, anda tentukan sendiri sama ada ia berbaloi ataupun tidak.

3. ‘Listing’ Item Dalam Dua Kategori

eBay memberi kebenaran kepada anda untuk memilih lebih daripada satu kategori apabila anda ‘listing’ satu item.

Ini memberi beberapa kelebihan kepada penjual iaitu julat pembeli lebih besar dan komisen jualan tetap sama. Tetapi, yang kurang best didengari, ada caj dikenakan oleh eBay.

4. Imej Produk

Imej produk yang berkualiti tinggi dan meyakinkan mempunyai kesan yang besar kepada bakal pelanggan.

Foto harus menunjukkan produk dari semua sudut dan sedetail mungkin. Terdapat beberapa strategi mengambil gambar, bergantung pada produk.

Anda harus mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh eBay semasa mengambil gambar produk. Jangan lupa ya!

5. Gallery Plus

Anda boleh menyerlahkan lagi produk anda dengan menggunakan Gallery Plus di mana imej produk anda akan dipaparkan lebih besar dalam hasil carian – apabila anda menuding pada imej, imej itu akan dibesarkan kepada 400 piksel dan bukannya 96 piksel biasa.

Di samping itu, jika anda mempunyai lebih banyak foto dalam galeri produk, pengguna sudah boleh melihatnya dalam hasil carian.

Ini adalah pilihan yang memerlukan kos tambahan. Ketahui lebih lanjut tentang yuran eBay.

6. Gallery Plus dan Kategori “Pakaian, Kasut & Aksesori”

Pilihan ini boleh digunakan terutamanya dalam kategori pakaian, kasut dan aksesori, di mana aspek visual produk menjadi tumpuan utama.

Selain itu, Gallery Plus berfungsi secara berbeza dalam satu kategori ini – ia menawarkan kemungkinan untuk melihat gambaran keseluruhan offer yang anda tawarkan dalam hasil carian.

Selepas klik pada imej preview, satu paparan dibuka dengan foto yang lebih besar dan maklumat yang paling penting tentang offer yang ditawarkan.

Cara Pemasaran di eBay - Bahagian 1 3

7. ‘Product Description’

‘Product description’ adalah sangat penting kerana ia menerangkan ciri utama dan memberi anda peluang untuk meyakinkan pelanggan.

Selain imej produk dan template eBay, ‘product description’ adalah komponen ketiga yang penting untuk anda tahu. Apakah yang perlu anda buat semasa menulis ‘product description’? Berikut saya senaraikan perkara-perkara yang perlu anda pertimbangkan semasa menulis:

  • Terangkan item secara terperinci. Sebaik-baiknya, ia mestilah gabungan ciri dan faedah.
  • Gunakan bahasa yang ringkas dan deskriptif kerana terlalu banyak perkara teknikal boleh membosankan pelanggan.
  • Masukkan maklumat pengilang dan jenama.
  • Elakkan maklumat palsu.
  • Berikan maklumat yang tepat tentang perkara yang disertakan dengan produk dan cara pemulangan produk.

8. Template eBay

Cari template yang sesuai dengan offer produk yang anda tawarkan. Apa yang menjadikan template eBay kelihatan tersusun dan lebih profesional? Berikut adalah ciri yang perlu ada pada template yang ingin anda gunakan:

  • dioptimumkan untuk semua ‘mobile devices’.
  • mudah untuk buat ‘editing’.
  • tiada active content (plug-ins, Flash).
  • reka bentuk yang ringkas dan profesional.

9. ‘Great Price Tag’

Anda mungkin tahu label ‘Great Price Tag’ dalam hasil carian? Malangnya, pilihan ini tidak boleh ditempah.

Tag ini digunakan oleh algoritma eBay pada listing yang mempunyai permintaan tinggi yang menunjukkan sellernya mempunyai kualiti harga yang sangat baik.

Jika anda mahu listing anda menonjol daripada yang lain dengan tag ini, anda perlu ingat perkara berikut:-

  • Tawaran dengan status “Above Standard” atau “Top Rated sellers” akan lebih dipertimbangkan.
  • Harga produk yang menarik berbanding listing eBay yang sama atau serupa adalah satu kelebihan.
  • Perkaitan item – diukur dengan kekerapan carian untuk item dalam tempoh masa tertentu.
  • Data dan ciri produk yang jelas – tawaran mesti dibandingkan dengan produk pesaing yang berkaitan.
  • Maklumat mengenai kos penghantaran.
  • Format tawaran yang dipilih (harga tetap atau lelongan, dsb.)

10. Ranking di Atas

Pernahkah anda terfikir apakah faktor yang menentukan produk mana yang mendapat hasil terbaik?

Algoritma eBay mengambil kira banyak faktor, contohnya kualiti listing (gambar, ‘product description’), kesempurnaan listing dan padanan antara kata kunci (keywords) dalam listing dan pertanyaan pengguna.

Kemudian terdapat harga item, berapa permintaannya, polisi pemulangan dan masa pengendalian, dan rekod prestasi anda sebagai penjual.

Jika anda sudah menjaga ke semua elemen dalam tawaran produk anda seperti di atas, anda telah lakukan langkah yang baik untuk memperolehi ranking di atas dalam hasil carian.

Kesimpulan

Ok, saya rasa cukuplah dulu cara pemasaran eBay – Bahagian 1 ni ye. Di Bahagian 2 nanti saya akan kongsikan lagi beberapa cara pemasaran eBay yang berkesan untuk memastikan jualan anda meningkat berlipat kali ganda! InsyaAllah…

Kalau anda masih kurang faham dengan cara pemasaran eBay – Bahagian 1 ni, apa kata anda klik link di bawah ni, di mana anda boleh belajar secara ‘direct’ dengan sifu eBay yang hensem lagi bergaya! Klik ya!

.

<<<Nak Belajar Cara Pemasaran eBay Lebih Detail? Klik DI SINI>>>

.

Selamat Mencuba!