Kelebihan Berniaga di Amazon

Online shopping and e-commerce concept with a wooden block with an icon of a shopping cart standing on a computer keyboard, viewed low angle with copyspace.
0

Bertemu kita sekali lagi ya di alam maya. Sebelum ni saya ada kongsi dengan anda tentang kelebihan berniaga di eBay. Bagi yang belum berkesempatan membacanya, klik DI SINI ya! Hari ni, saya nak kongsi pula dengan anda kelebihan berniaga di Amazon. Nak tahu tak? Jom…teruskan membaca…

Berikut saya senaraikan 3 kelebihan berniaga di Amazon:-

1. SEO (Search Engine Optimization) Dah Tersedia

Apabila orang ingin membeli sesuatu dalam talian, mereka lebih cenderung mencarinya di Amazon berbanding laman web lain, malah Google sekalipun. 47% daripada pembeli dalam talian bermula di Amazon sebelum mencari di tempat lain.

Ia juga mendominasi enjin carian (search engine). Cari hampir mana-mana produk di Google. Taipkan “Harry Potter and the Sorcerer’s Stone,” “beli peralatan dapur dalam talian,” atau bahkan sesuatu yang asas seperti “mainan” dan Amazon akan dipaparkan pada halaman pertama.

Apabila anda membina laman web e-dagang anda sendiri, anda perlu berjuang untuk mencapai kedudukan teratas enjin carian (search engine). Ianya akan mengambil masa berbulan-bulan dan tiada jaminan laman web anda akan berada tempat paling atas dalam enjin carian (search engine). Meletakkan produk anda di Amazon memberi anda peluang yang sangat baik untuk berada di hadapan pelanggan dari hari pertama anda mula berniaga di Amazon.

2. Tiada Pembinaan Laman Web Diperlukan

Apabila anda membentuk, membina, menguji dan menyelenggara laman web anda sendiri, ianya boleh menelan belanja beribu-ribu ringgit setiap tahun.

Amazon membolehkan anda mula mendapat wang tanpa mengambil risiko di atas terlebih dahulu.

3. Kepercayaan Pelanggan

Pengguna meletakkan kepercayaan yang tinggi pada Amazon kerana ia dipantau dengan rapi.

Sekiranya anda menjual di laman web yang kurang dipantau seperti Amazon, atau di laman web anda sendiri, bermakna anda perlu bekerja lebih keras untuk meyakinkan pelanggan bahawa anda tidak menipu mereka.

Jika anda menjual produk di Amazon dan anda belum mempunyai banyak ulasan negatif, kebanyakan pelawat secara automatik akan mempercayai anda untuk menghantar produk tersebut. Tahap keyakinan pembeli terhadap Amazon tidak ternilai.

3 Kelebihan Terbaik Menjual di Amazon untuk

Pencipta Produk (Product Creator)

1. Persamaan Penempatan Dalam Syarikat Offline Terkemuka

Amazon disenaraikan sebagai peruncit ke-15 terbesar di dunia pada tahun 2015. Pada tahun 2016 ia di tangga ke-12. Langkau ke hadapan ke 2020 dan ia merupakan peruncit ke-2 terbesar di dunia.

Jika ingin dibandingkan dengan pendapatan di Ikea, iaitu salah sebuah syarikat offline terbesar dunia, Amazon menjana lebih daripada empat kali pendapatan Ikea. Ini merupakan kelebihan terbaik untuk anda menjual di Amazon.

2. Margin Lebih Besar

Purata para peruncit tradisional yang lain menggunakan markup 50%, mengecaj pelanggan dua kali ganda amaun yang mereka bayar kepada pengilang. Tetapi, yuran rujukan Amazon (Amazon’s Referral Fees) biasanya hanya 15% atau lebih.

Walaupun terdapat yuran dan kos lain untuk dipertimbangkan, Amazon masih mengambil peratusan yang jauh lebih kecil daripada peruncit tradisional. Ini bermakna anda boleh menawarkan produk anda untuk harga yang lebih kompetitif.

3. Rekod Jualan

Anda tidak perlu menjual hanya di Amazon. Membina rekod jualan dalam talian membuktikan bahawa pelanggan akan membayar untuk produk anda dan menjadikannya menarik kepada peruncit tradisional.

Dengan cara itu, anda akhirnya boleh membawa ibu anda ke kedai, menunjukkan produk anda padanya di rak dan meyakinkannya bahawa ya, anda menjalankan perniagaan sebenar.

4. Penghantaran Dengan FBA (Fulfillment By Amazon)

Anda boleh menggunakan Fulfillment by Amazon (FBA) untuk meminta mereka menguruskan penghantaran anda dan menjadikan produk anda layak untuk Prime. Kemudahan FBA ini amat menjimatkan masa penghantaran.

Kebanyakan penjual yang menggunakan FBA melihat jualan mereka meningkat kira-kira 50% daripada sebelum ini.

.

Bagaimana Pula Dengan Keburukan Amazon?

Tiada syarikat yang sempurna, dan saya tak mahu mengatakan bahawa anda tidak akan menghadapi sebarang masalah dengan Amazon. Berikut ada beberapa masalah yang akan anda hadapi:-

  • Membayar yuran bulanan dan yuran setiap jualan.
  • Melihat Amazon tiba-tiba mula menyimpan stok produk yang anda jual dan mengurangkan harga anda. (Anda tidak perlu risau tentang perkara ini jika anda menjual produk anda sendiri.)
  • Menghadapi masa yang sukar untuk membuat pelanggan menyedari bahawa mereka mempunyai pengalaman hebat membeli daripada anda dan bukan hanya dari Amazon.

.

Kesimpulan

Saya percaya bahawa kelebihan berniaga di Amazon jauh mengatasi keburukannya.

Amazon mungkin tidak sesuai untuk setiap perniagaan, tetapi ia sangat membantu sebahagian besar perniagaan. Ia berisiko rendah untuk dimulakan dan mampu membuat jualan dengan cepat.

Jadi, tunggu apa lagi, jom pelajari cara menjual di Amazon!

.

<<<Sifu ni eBay Pun Terer, Amazon Lagi Terer! Jom Belajar>>>

.

Selamat Mencuba!