Kenapa Perlu Berniaga di eBay?

0

Kenapa perlu berniaga di eBay? Pasti ramai nak tahu apa sebabnya. Bagi saya ada banyak sebabnya. Tapi 3 sebab utama inilah kenapa saya beriya-iya nak berniaga di eBay ni. Jom saya kongsikan sebab kenapa perlu berniaga di eBay ni.

1. Potensi Jumlah Pembeli Yang Besar

Terdapat sebanyak 183 juta potensi pembeli di eBay pada suku ketiga tahun 2019. Kita bandingkan dengan jumlah penduduk Malaysia mengikut statistik populasi penduduk tahun 2019 Malaysia hanya ada 32.6 Juta penduduk sahaja.

Ini menunjukkan potensi berniaga di ebay itu adalah sangat berpotensi tinggi iaitu 5.6 kali ganda lebih ramai dari jumlah penduduk Malaysia.

Jumlah pembeli di eBay akan sentiasa meningkat saban tahun. Ini bermaksud, potensi memasarkan produk ke luar negara menggunakan platform eBay adalah satu platform yang sangat berpotensi tinggi untuk menjana pendapatan tambahan.

2. Pendapatan Berlipat 4 Kali Ganda

Kelebihan matawang ringgit yang semakin susut nilai memberi kelebihan kepada penjual di ebBy untuk meraih keuntungan berlipat sebanyak 4 kali ganda. Lumayan kan?

kenapa berniaga di eBay 2

3. Sistem Pengurusan Order Yang Teratur

Apabila berniaga di eBay, anda tak perlu lagi membina web jualan, sistem pengurusan order pembeli, sistem bayaran dan banyak lagi. eBay telah sediakan semuanya sekali tanpa perlu mengupah programmer untuk menyiapkan platform jualan.

Apa yang perlu anda fokus hanyalah membuat jualan di eBay dan mematuhi peraturan jualan yang telah ditetapkan. Kini eBay telah menyediakan interface yang lebih tersusun yang dipanggil sebagai eBay Seller Hub. Dah tak susah dah macam dulu-dulu.

kenapa berniaga di eBay 1

Kesimpulan

Seronok kan kalau anda pandai berniaga di eBay? Nak pandai tak? Kalau nak pandai, klik link kat bawah ni ya!

.

<<<Rahsia Newbie Berjaya Dalam Bisnes eBay>>>

.

SELAMAT MENCUBA!