Produk TERLARIS DiJual Di Luar Negara 2022

0

Anda nak tahu tak apakah produk TERLARIS dijual di luar negara 2022 ni? Maklumat ni amat berguna untuk anda yang memasarkan produk anda ke pasaran luar negara. Biar kita jual produk yang ada ‘demand’ dan bukannya produk ‘syok sendiri’.

produk terlaris dijual di luar negara 2022

Sebelum saya dedahkan maklumat ni, saya nak anda semua tahu bahawasanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia mengeksport ke purata 30 pasaran antarabangsa, dengan Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Jerman, Kanada, Itali, Perancis, Jepun, China dan Sepanyol muncul sebagai pasaran teratas.

Tahukah anda di platform e-dagang manakah, yang mereka pasarkan produk mereka ni? Pastilah di eBay!

Menurut ‘eBay’s Southeast Asia Small Online Business Trade Report July 2022’, lebih daripada 95% PKS di Malaysia menggunakan eBay untuk menjangkau pengguna global.

Pengurus besar serantau eBay untuk Asia Tenggara dan India, Vidmay Naini, berkata pasaran eBay menawarkan 142 juta pembeli aktif merentas lebih 3,000 kategori produk dengan akses pasaran kepada 190 pasaran.

“PKS di Malaysia boleh menjangkau pengguna dengan mudah di beberapa pasaran pengguna terbesar dunia, seperti AS, UK, Jerman, Australia, dan menjadi ‘syarikat multinasional mini’,” katanya.

Penjual Malaysia di eBay telah menyaksikan pertumbuhan kukuh dalam beberapa kategori pada tahun 2021. Lima kategori teratas untuk PKS Malaysia di eBay ialah ALAT GANTI KERETA, RUMAH & TAMAN, KESIHATAN & KECANTIKAN, TELEFON BIMBIT & AKSESORI serta BARANG KOLEKSI.

Sebagai contoh, dalam kategori alat ganti dan aksesori kereta, penjual Malaysia telah meningkatkan jualan roda, tayar dan alat ganti sebanyak 29% manakala alat ganti elektrik dan ‘ignition’ meningkat sebanyak 76% .

Terdapat juga peningkatan dalam jualan oleh penjual Malaysia di eBay dalam kategori telefon bimbit & aksesori, dengan ‘smartwatch’ meningkat sebanyak 24%, ‘headset’ sebanyak 33% dan ‘smartphone’ sebanyak 15%. Sementara itu, ‘sports trading card singles’ dalam kategori barang koleksi meningkat secara eksponen pada 109%.

Kesimpulan

Nah…kalau dah tahu apa produk terlaris dijual di luar negara 2022, tunggu apa lagi, ‘list’ kan dalam kedai online anda di eBay. Jangan tunggu lama-lama! Takut nanti ‘habuk’ pun ‘tarak’…hihihi.

Tapi, kalau masih ada di kalangan anda yang belum ada kedai online di eBay, JANGAN RISAU…saya nak anda klik link di bawah dan anda akan dibantu oleh pakar dalam bisnes eBay ni. Jom klik SEKARANG!

.

<<<Dapatkan PAKAR dalam bisnes eBAY DI SINI>>>

.

Sekian, selamat mencuba!