Yuran ‘Storage’ & ‘Fulfillment’ FBA

0

Hari ni saya nak berkongsi pula dengan anda tentang yuran ‘storage’ & ‘fulfillment FBA ya. Bagi yang tak tahu apa itu FBA boleh klik DI SINI untuk info lanjut.

yuran 'storage' & 'fulfillment' FBA

.

Terdapat 6 jenis yuran ‘storage’ & ‘fulfillment’ FBA yang perlu anda ketahui seperti di bawah ni ya:-

1. Yuran ‘Inventory Storage’

Dicaj untuk semua item yang disimpan di ‘fulfillment center’ Amazon, dan berdasarkan purata volum harian inventori anda yang diukur dalam kaki padu.

Anda boleh lihat cara untuk menentukan peringkat saiz produk (product size tiers) untuk item anda DI SINI.

2. Yuran ‘Long-Term Storage’

Dinilai setiap bulan untuk semua item yang disimpan di ‘fulfillment center’ selama lebih daripada 365 hari. Mengekalkan tahap inventori yang kukuh boleh membantu anda mengelakkan bayaran penyimpanan jangka panjang (long-term storage).

3. Yuran ‘Fulfillment’

Dicaj setiap unit untuk memilih dan membungkus pesanan anda, penghantaran dan pengendalian, perkhidmatan pelanggan dan pemulangan produk. Anda boleh gunakan ‘FBA revenue calculator’ untuk menganggarkan yuran anda.

4. Yuran ‘Unplanned Services’

Dicaj apabila inventori tiba di ‘fulfillment center’ tanpa penyediaan atau pelabelan yang betul, menjadikan perkhidmatan tidak terancang (unplanned services) diperlukan.

5. Yuran ‘Removal Order’

Anda boleh meminta Amazon memulangkan atau melupuskan inventori anda di ‘fulfillment center’ dengan bayaran setiap item.

6. Yuran ‘Returns Processing’

Dicaj pada pesanan apabila Amazon menyediakan penghantaran pulangan percuma kepada pelanggan.

.

Kesimpulan

.

Ok, cukup dulu saya kongsi dengan anda tentang yuran ‘Storage’ & ‘Fulfillment’ seperti di atas ye! InsyaAllah, jika ada masa terluang, saya akan terangkan satu persatu yuran-yuran ni!

Namun, jika anda nak tahu secara lebih terperinci tentang bagaimana pengiraan yuran-yuran di atas, anda boleh gunakan ‘Fulfillment by Amazon Revenue Calculator’. Klik DI SINI untuk perinciannya. Anda boleh perolehinya di ‘Seller Central’ untuk menganggarkan yuran FBA anda.

Sekiranya anda masih keliru tentang yuran-yuran ini dan perlu seseorang untuk ‘guide’ anda, apa kata anda klik link di bawah ni, InsyaAllah, beliau akan bantu anda! Beliau ni bukan calang-calang tau orangnya, ada PhD tau! Jom berkenalan dengan beliau!

.

<<<Seseorang Yang Akan ‘Guide’ Anda Tentang Amazon>>>

.

Selamat Mencuba!