5 Perkara Penting Perlu Anda Lakukan Sebelum Mula Bisnes Online

0

Nak mula bisnes online? Tak tahu bagaimana? Percaya ke tidak kalau saya bagitahu anda ada beberapa bisnes online yang boleh anda lakukan hari ini, ianya mudah dilakukan dan tidak memerlukan kepakaran teknikal malah tiada kos langsung?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pembaca setia blog ni. Semoga anda semua sihat-sihat hendaknya ye. Hari ni saya akan kongsikan 5 perkara yang wajib anda ketahui sebelum anda nak mula bisnes online. Nak ke tak nak? Kalau nak, jom baca sampai abis ye…

Sebagaimana yang kita semua tahu, Internet ni boleh jadi lubuk emas jika pandai menggalinya…Dah ramai orang jadi jutawan dengan buat bisnes online ni saja kan. Walau bagaimanapun, anda perlu memikirkan beberapa perkara seperti di bawah sebelum memulakan perjalanan anda sebagai seorang yang bergelar Usahawan Internet:

  • Apakah matlamat anda untuk memulakan bisnes online ni?
  • Jika anda masih bekerja sepenuh masa, bagaimana anda boleh memperuntukkan masa untuk bisnes online anda?
  • Adakah anda sanggup mengorbankan masa lapang anda dan memperbanyakkan usaha untuk memastikan bisnes online anda terus berjalan?

Dengan menjawab soalan-soalan di atas, anda sedang mempersiapkan diri anda dari segi mental dan fizikal sebagai seorang usahawan.

Maka, di sini saya senaraikan 5 perkara wajib yang perlu anda ambil tindakan sebelum memulakan bisnes online anda:

1. Tentukan Produk dan Jenis Perniagaan Anda

Anda perlu tentukan apa yang anda ingin jual. Terdapat banyak produk atau perkhidmatan yang boleh anda pertimbangkan.

Anda boleh memilih sama ada ingin menjual produk fizikal, seperti produk kecantikan atau produk digital seperti e-book.

Selain itu, anda boleh menggunakan kemahiran anda dengan menyediakan perkhidmatan seperti fotografi, reka bentuk web atau jurusolek. Ini adalah cara terpantas untuk memulakan bisnes online anda.

2. Daftar Bisnes Online Anda di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

mula bisnes online ssm

Ada kebanyakan orang rasa tak perlu daftar bisnes online dengan SSM, tapi bisnes tetap bisnes tak kira online mahupun offline.

Itu sebabnya anda perlu bersikap serius dengan bisnes online anda. Anda perlu daftar bisnes online anda dengan SSM bagi memastikan anda mempunyai pendaftaran perniagaan yang sah di Malaysia.

3. Sediakan Laman Web atau Kedai Online Anda

Tidak akan wujud perniagaan internet tanpa mempunyai laman web atau kedai online.

Anda boleh membina laman web anda sendiri atau mengupah Web Developer supaya pelanggan boleh melihat produk dan membuat pembelian.

Bukan itu sahaja. Mempunyai laman web yang berfungsi sepenuhnya boleh meningkatkan jumlah pelanggan dalam bisnes online anda.

Kredibiliti anda amat penting dalam bisnes online anda. Dengan adanya laman web atau kedai online sendiri, pelanggan melihat anda sebagai peniaga yang boleh dipercayai dan oleh kerana itu mereka sanggup mengeluarkan wang mereka untuk membeli produk anda.

4. Mulakan Pemasaran Dengan Cara Pengiklanan dan Promosi

mula bisnes online pemasaran

Nah…dah sampai masanya untuk anda war-warkan kepada dunia tentang kewujudan bisnes online anda. Di sinilah perlunya anda mulakan pengiklanan dan promosikan bisnes online anda.

Anda perlu berusaha keras untuk memastikan bakal pelanggan klik ke laman web atau kedai online anda. Anda wajib fahami bahawasanya 80% aktiviti anda harus tertumpu kepada pemasaran.

Terdapat beberapa cara untuk menarik pelanggan ke laman web atau kedai online anda.

Jika anda baru dan mempunyai bajet yang sedikit, pertimbangkan media sosial seperti Facebook, Instagram dan lain-lain dan juga SEO sebagai senjata pemasaran anda.

Jika anda mempunyai bajet yang besar, anda boleh mengiklankannya di Google Ads atau Facebook Ads.

5. Tentukan Kaedah Pembayaran dan Penghantaran

Anda boleh mendaftar dengan syarikat yang menyediakan kaedah pembayaran untuk transaksi jualan anda.

Syarikat-syarikat seperti Billplz dan Senangpay  adalah pilihan yang paling biasa digunakan oleh ramai peniaga online.

Mereka mempunyai prestasi yang sangat baik dalam menyediakan kaedah pembayaran yang lancar untuk bisnes online.

Sekiranya anda belum mempunyai sebarang kaedah pembayaran, anda bolehlah meletakkan no akaun bank anda sendiri di laman web atau kedai online anda. Walau bagaimanapun, pendekatan ini hanyalah secara jangka pendek sahaja sebelum anda menyediakan kaedah pembayaran yang betul dan boleh dipercayai.

Untuk penghantaran pula, anda bolehlah berurusan dengan syarikat kurier tempatan seperti PosLajuJ & TDHL dan sebagainya. Ia adalah untuk memastikan penghantaran anda dihantar secepat yang boleh kepada pelanggan.

Kesimpulan

So sekarang anda dah nampak sikit kan apa perkara-perkara wajib yang perlu anda lakukan sebelum memulakan bisnes online ni kan. InsyaAllah, pertemuan maya kita yang akan datang saya akan dedahkan beberapa jenis bisnes online yang boleh anda mulakan dengan secepat mungkin dan yang pasti ianya adalah yang terkini dan boleh memberi keuntungan yang agak lumayan.

Bukan senang nak senang…Tapi percayalah jika anda usaha bersungguh-sungguh tanpa mengenal putus asa, pasti kejayaan menjadi milik anda.

<<<Jika Anda Nak Tahu Bisnes Online Terkini Yang Meletop-Letop,Klik Link Ni Ye!>>>

Sekian, wassalam.