Free Shipping Shopee Program Untuk Seller

0

Nak tahu tentang free shipping shopee program RM15 dan RM40 tak? Sebagai seller, pasti anda tak sabar nak tahu kan…

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca setia di blog saya ni. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya ye…

Hari ni saya nak kongsikan kepada anda cara nak daftar free shipping program daripada Shopee untuk seller.

free shipping shopee

Sebagai seorang seller, pasti anda akan mencuba sedaya upaya untuk menarik lebih ramai lagi pembeli ke kedai online Shopee anda bukan…

Jadi, jika nak lebih ramai pembeli berlumba-lumba membeli belah di kedai online anda, anda perlulah menawarkan sesuatu yang mereka suka seperti free shipping. Dengan keistimewaan yang diberikan oleh seller ini, pastinya akan menarik minat pembeli untuk membeli di kedai online anda.

Mereka boleh berbelanja RM15 atau RM40 ke atas dan boleh dapat free shipping. Pasti kedai anda menjadi pilihan mereka!

Shopee ada menyediakan 2 program Free Shipping khas untuk seller iaitu Free Shipping RM40 (FS40) dan juga Free Shipping RM15 (FS15) yang melibatkan beberapa kurier iaitu DHL, Ninja Van, Pos Laju dan J&T Express.

Apa kata anda daftar program free shipping Shopee RM15 dan RM40 ni. Jom saya kongsikan cara untuk mendaftarkannya.

Cara Daftar Free Shipping RM40 (FS40)

FS40 bukanlah program free shipping sepenuhnya sebaliknya Shopee akan memberi rebate atau subsidi sebahagian daripada kos postage.

Ini bermakna, jika seller beli harga RM40 dan guna baucer FS40 di kedai Shopee anda, mereka masih perlu membayar sedikit lagi kos postage tetapi tidaklah terlalu tinggi.

Untuk FS40 ni, automatik diberi bagi J&T Express dan DHL. Anda tidak perlu mohon, sebaliknya perlu aktifkan sahaja.

Caranya:

  1. Pergi ke aplikasi Shopee : www.shopee.com.my
  2. Kemudian klik pada ikon RM15 Free Shipping > Free Shipping Info dan klik pada RM40 MIN. SPEND SIGN-UP

*pastikan anda membaca syarat dan terma dari kedua-dua kurier ini.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut berkaitan Free Shipping RM40 ni, boleh rujuk seller.shopee/FS40

.

Cara Daftar Free Shipping RM15 (FS15)

free shipping shopee RM15

Program FS15 ini, jika pembeli menggunakannya, mereka boleh dapatkan free shipping. Pastinya mereka akan beli dan berbelanja di kedai online Shopee anda. 

Caranya:

  1. Pergi ke aplikasi Shopee : www.shopee.com.my
  2. Kemudian klik pada ikon RM15 Free Shipping > Free Shipping Info dan klik pada RM15 MIN. SPEND SIGN-UP

*pastikan anda fahami terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak Shopee sebelum memohon.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut berkaitan Free Shipping RM15 ni, boleh rujuk seller.shopee/FS15

.

Nah…dah tahu kan cara nak daftar. Boleh la rujuk pada laman web Shopee seperti yang saya maklumkan di atas ye…Anda ikut je segala terma dan syarat daripada Shopee, pasti anda akan dapat manfaat daripadanya.

SELAMAT MENCUBA!

Jika anda dah ingin belajar ilmu bisnes online untuk pasaran luar negara, apa kata anda klik link di bawah:

<<<Ilmu Bisnes Online Pasaran Luar Negara>>>

Sekian, wassalam.