8 Tips Memulakan Pelaburan Emas Bagi Newbie

0

Pelaburan emas menguntungkan atau tidak? Jom baca sampai abis ye tips saya kali ni…

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca setia blog ni…Apa khabar anda semua? Saya harap semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera ye…Jaga SOP…Kita Jaga Kita!

Hari ni saya nak kongsi sedikit tips bagi anda yang ingin memulakan pelaburan emas dengan betul dan selamat.

Seperti yang dinasihatkan oleh pakar kewangan En. Azizi Ali…


“Simpanlah sekurang-kurangnya 10% daripada
harta dalam bentuk EMAS”


Selain En. Azizi Ali, pakar kewangan dunia seperti Robert Kiyosaki dan Mike Maloney menasihatkan agar simpan kekayaan dalam bentuk emas.

pelaburan emas

8 Tips Pelaburan Emas Bagi Newbie:

1. Anda Wajib Beli Emas Sekarang

Tentu anda nak tahu bila waktu yang sesuai untuk beli emas kan…

Waktu paling sesuai untuk anda mula membeli emas adalah SEKARANG. Ya…NOW... Jangan tunggu harga rendah untuk membeli emas pada permulaan pelaburan emas.

Waktu terbaik untuk membeli emas adalah sewaktu mempunyai wang dan bukannya sewaktu harga emas murah kerana tiada siapa dapat meramal harga emas dan keuntungan pelaburan emas bukan bergantung kepada pembelian emas yang rendah, tapi bergantung juga kepada harga emas semasa menjual emas.

Pembelian pertama pembelian emas adalah tapak pelaburan atau ‘benchmark’ (tanda pengukur) harga emas untuk pembelian emas seterusnya. Di mana jika harga emas turun lagi, anda boleh tambah beli emas dan pastinya akan merendahkan lagi harga emas melalui konsep pemurataan harga. 

2. Anda Perlu Beli Emas Dari Wang Simpanan Atau Lebihan Wang Anda

pelaburan emas 7

Anda perlu ingat bahawa pelaburan emas adalah pelaburan jangka sederhana atau panjang yang mempunyai spread emas.

Jadi anda hendaklah membeli emas dari wang simpanan atau lebihan wang bukannya dari wang yang akan digunakan dalam masa terdekat kerana penjualan emas dalam masa singkat akan mengalami kerugian kerana belum melepasi peratus spread.

Kesilapan pelabur emas ialah mereka membeli emas dari wang yang akan digunakan dalam masa terdekat atau wang kecemasan. Jangan buat kesilapan ni kerana anda akan mengalami kerugian menjual emas balik kerana belum melepasi spread emas.

3. Beli Emas Pelaburan Bukan Barang Kemas

Saya paham ramai adik-adik, kak long-kak long…mak long…tok long semua suka sangat beli barang kemas. Naik berat tangan kiri kanan dah.

Tapi bagi tujuan pelaburan, produk pelaburan emas terbaik adalah membeli dan menyimpan emas pelaburan iaitu gold bar atau emas dinar untuk pelaburan bukan barang kemas . Jongkong emas dan emas dinar sememangnya di buat khusus untuk pelaburan di mana peratus spread atau susut nilai emas yang rendah antara 5% hingga 9% sahaja berbanding peratus spread barang kemas antara 25% hingga 30%.

Kesilapan pelabur emas yang menyimpan barang kemas sebagai pelaburan kerana harga belian emas tinggi kerana dikenakan upah tukang, dikenakan cukai GST seterusnya dapat harga jual yang rendah kerana peratus spread yang tinggi.

So, lepas ni makcik-makcik semua bolehlah tukar barang kemas tu…beli jongkong emas dan emas dinar pulak ya….

4. Pilih Emas Daripada Pengeluar Yang Patuh Syariah, Sah & Dipercayai 

pelaburan emas 5

Jika anda ingin melabur dalam emas, pastikan anda membeli emas daripada pengeluar EMAS yang bukan sahaja patuh syariah tetapi kesahihan dan keaslian produknya terjamin.

Emas ini dilengkapi sijil ketulenannya pada setiap emas samada jongkong emas atau dinar emas. Contohnya Syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia, iaitu Public Gold. Anda boleh menjual emas ini di mana-mana ar-Rahnu ataupun di kedai emas biasa.


Selagi anda memegang sijil dan emas tersebut, maka anda boleh menjualnya pada bila-bila saja di saat anda memerlukan wang. Antara kelebihan membeli emas keluaran Public Gold, emas tersebut dijamin untuk dibeli balik oleh Public Gold.


Jika anda ingin membeli emas selain yang dicetak atau dikeluarkan oleh Public Gold, ia tidaklah menjadi masalah. Namun saya mencadangkan, anda perlu memastikan bahawa anda membeli emas yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat lain yang telah mempunyai reputasi yang baik.


Reputasi boleh diukur daripada sisi syarikat, produk (emas dan perak) yang telah mempunyai standard antarabangsa, lulus ujian makmal, sudah diiktiraf dan diakui oleh London Bullion Market Association serta boleh pertimbangkan emas yang Bebas GST.

5. Beli Emas Semasa Harga Emas Turun dan Jual Semasa Harga Naik

Ini adalah cara yang mudah untuk newbie, iaitu beli emas pada harga rendah dan jual semula pada harga emas tinggi. Harga emas memang jarang sekali turun, tetapi ada tempoh ketika harga beli emas kadang sedikit turun dalam jangka masa pendek. Semasa harga emas sedikit turun ini adalah masa yang sesuai bagi anda untuk membeli emas dan memulakan pelaburan.

Masa harga emas naik, anda boleh menjualnya kembali. Kenaikan harga emas akan lebih terasa dan ketara selepas beberapa tahun, jadi sebaiknya anda menunggu sekurang-kurangnya 2 hingga 3 tahun selepas pembelian untuk menjual emas anda semula.

Tips penting bagi newbie dalam melabur emas

Berhenti Fikir Bila Harga Emas Akan Turun! Mulakan langkah pertama, beli emas walau apapun harganya, kerana anda tidak akan tahu harga emas samada tinggi @ rendah selagi anda tidak pernah membeli emas. Mulakan dengan yang kecil dahulu, samada 1 Dinar atau 1 gram. Kemudian baru anda ada benchmark yang betul untuk mengukur harga emas.

6. Simpan Emas Dengan Selamat

Adalah penting bagi anda untuk menyimpan emas anda dengan selamat. Anda boleh menyimpannya di safe deposit box yang disediakan oleh Public Safe (anak syarikat Public Gold) secara percuma dengan membeli emas menggunakan kaedah GAP atau simpan emas anda dalam peti besi di rumah. Jika anda masih merasa kurang selamat, maka anda boleh menyewa peti simpanan emas di ar-Rahnu ataupun bank.


Pada hari ini boleh dikatakan untuk menyimpan emas jauh lebih mudah berbanding zaman dahulu. Kerana sudah banyak kemudahan yang disediakan oleh kerajaan atau swasta untuk melindungi Aset logam (emas & perak) yang dimiliki, baik individu mahupun syarikat.  Walaupun perkhidmatan yang ditawarkan itu perlu disewa, tapi itu sudah lebih baik.

Nak simpan emas lebih murah dan selamat? Simpan di rumah je. Contohnya di dalam peti, dalam beras ke, longgokan pakaian, loteng, korek lubang dalam tanah ke, dalam pasu ke atau apa-apa yang mudah anda ingat tempat persembunyian tu.

Jangan lupa pula beritahu tempat persembunyian harta karun anda tu kepada salah seorang waris agar aset anda dapat diwariskan setelah anda mati nanti.

7. Beli Emas yang Besar untuk Harga yang Lebih Murah & Spread Terendah

Salah satu rahsianya, Semakin besar saiz emas, maka semakin murah harga per gramnya. Semakin besar saiz emas, maka semakin rendah susut nilai emas tersebut. Jadi, selepas ni beli yang besar-besar saja tau….hihihi….

8. Emas Diterima Meluas di ar-Rahnu 

Jika anda memerlukan wang tunai segera, anda boleh gadaikan emas anda di ar-Arahnu. Cuma saya nasihatkan jangan terburu-buru nak jual emas anda dalam masa yang singkat kerana ia tidak memberi keuntungan yang banyak.


Untuk pengetahuan anda, mulai Oktober 2013, Ar-Rahnu Bank Rakyat dan Ar-Rahnu Pos Malaysia terima semua jenis emas Public Gold dan beberapa jenama emas lain yang terpilih. Dua ar-rahnu ni ialah ar-rahnu terbesar di Malaysia. Ar-rahnu lain seperti Ar-Rahn PKB, Ar-Rahnu Koperasi Tentera, dan Ar-Rahnu Ekspress, memang dah lama terima emas Public Gold.

.

Demikianlah sedikit tips tentang 5 cara pelaburan emas yang mudah dan selamat untuk newbie. Banyak lagi tips sebenarnya. InsyaAllah pada masa yang lain saya akan kongsikan lagi ya…

Semoga anda mendapat manfaat dengan perkongsian tips pelaburan emas daripada saya kali ni. Kalau untuk emas anda sanggup melabur…apa kata anda labur duit lebihan anda untuk ILMU pulak…Kalau nak tahu ILMU apa…jom klik link di bawah:

<<<Nak Labur Duit Untuk ILMU Pulak La>>>

Sekian, wassalam.