Outsource Kerja Bisnes Online di Fiverr

0

Bisnes online memang menjadi fenomena pada masa kini. Namun, bukan semua orang yang benar-benar mahir untuk mengendalikan perkara-perkara yang remeh temeh berkaitan bisnes online ni seperti cara buat laman web, cara promosikan produk di laman web e-dagang, cara ambil gambar produk yang profesional, cara buat logo, cara tulis copywriting produk, cara memasarkan produk di media sosial dan banyak lagi la…

Kalau semua perkara di atas anda sorang je nak kena handle semua…alamatnya tak berjalan lagi la bisnes online anda. Jadi, hari ni saya nak perkenalkan kepada anda satu laman web yang menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan seperti di atas malah banyak lagi perkhidmatan lain di mana anda dapat outsource kerja-kerja yang rumit tadi tu kepada freelancer yang memang pakar dalam bidang masing-masing. Anda boleh outsource kerja bisnes online anda di Fiverr, malah ada banyak lagi laman web lain yang menawarkan perkhidmatan yang sama seperti Fiverr.

Memang tak susah mana pun kalau nak outsource kerja bisnes online anda. Di Fiverr, freelancer-freelancer sentiasa bersedia untuk berkhidmat dengan anda. Harga yang ditawarkan sangat-sangat la berbaloi…bermula dari $5 USD. Ada juga yang cecah ribuan ribu dolar. Ianya bergantung kepada skop pekerjaan dan kesusahan sesuatu skil itu.

Anda cuma perlu melayari laman web Fiverr dan masukkan emel dan password anda untuk tujuan pendaftaran. Selepas itu, anda boleh pilih kategori perkhidmatan yang anda perlukan. Anda boleh pilih freelancer-freelancer yang mempunyai rating yang bagus di antara 4.8 – 5.0 dan mempunyai ramai pelanggan yang menggunakan khidmat mereka.

.

Ok sekarang mari kita lihat apa yang boleh anda outsource kerja bisnes online anda dengan Fiverr:

Contoh di atas adalah freelancer yang mempunyai rating yang bagus dan ramai pelanggan. Harga bermula dari $5 USD sahaja. Anda boleh klik profile mereka dan lihat maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang ditawarkan.

2. Buat Logo Syarikat atau Logo Produk

Ada banyak laman web yang tawarkan untuk buat logo. Jika anda mahu yang percuma boleh cuba Canva. Canva ni pula ada versi percuma dan berbayar. Tapi anda perlu buat sendiri la.

Namun, jika anda tidak berapa kreatif dan nak jimat masa, outsource je kerja buat logo ni di Fiverr. So, dapatlah anda fokus pada perkara lain pula. Anda boleh tengok dulu hasil kerja mereka. Jika anda berpuas hati, anda boleh upah mereka lagi untuk projek anda yang seterusnya.

Ini contoh freelancer yang mahir buat logo beserta rating yang tinggi dan pelanggan yang banyak serta caj yang dikenakan.

3. Tarik Trafik ke Kedai Bisnes Online Anda (Shopee, eBay, Amazon)

Sekiranya anda dah list kan semua produk anda ke dalam kedai bisnes online anda sama ada di Shopee, eBay, Amazon atau laman web e-commerce yang lain, tetapi tak ramai bakal pelanggan yang dapat lihat produk anda, mungkin salah satu puncanya tajuk anda tak menarik dan tak ramai orang yang dapat cari produk anda.

So, boleh cuba servis sebegini di Fiverr seperti di bawah. Mereka tidak janjikan yang anda akan dapat jualan tetapi anda boleh lihat semakin banyak trafik yang masuk ke kedai online anda.

outsource bisnes online fiverr shopee
Shopee

.

.

outsource bisnes online fiverr amazon
Amazon

.

Saya rasa cukuplah 3 contoh servis yang boleh diperolehi di Fiverr. Sebenarnya ada banyak lagi servis yang anda boleh gunakan. Anda boleh taip sahaja kata kunci kerja yang anda mahu cari dan selalunya anda akan menjumpai kerja yang anda ingin outsource tu.

So, sekiranya anda bukan pakar dalam sesuatu bidang…tak usah pening-pening kepala…serah je pada Fiverr.

Kalau anda memang nak jimat masa dan inginkan dengan cepat kerja terlaksana, cari saja Fiverr.

Cubalah terokoi sendiri Fiverr ni ye dan cuba servis-servis yang anda perlukan. InsyaAllah pasti anda akan berpuas hati.

Sekiranya anda nak tahu tentang satu jenis bisnes online yang hanya fokus pada pasaran antarabangsa, apa kata anda klik link di bawah:

<<<Bisnes Online Pasaran Antarabangsa>>>

Sekian.