Pelaburan emas di Malaysia? Anda dah mulakan ke…Sebelum nak mula, apa kata baca artikel ni dulu untuk menambahkan lagi pengetahuan anda tentang pelaburan emas.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera para pembaca blog setia ni. Saya doakan anda semua sihat-sihat belaka dan diperolehi rezeki yang melimpah ruah apabila tamatnya PKP ni…Aaminn…aaminn…ya Rabbalalamin.
Anda pun sedia maklum, sejak berlakunya Pandemik Covid-19 ni menjadikan keadaan ekonomi di dalam negara tidak menentu dan kelemahan ekonomi telah menyebabkan harga emas dunia terus meningkat. Apabila keadaan ini berlaku pelabur akan berpindah kepada aset yang lebih selamat iaitu emas.
Emas fizikal ini ada beberapa jenis seperti jongkong emas, syiling emas dan barang kemas yang anda pakai tu. Emas fizikal ni ramai yang menggemarinya sebab sifatnya yang unik iaitu didatangkan dengan saiz dan design yang menarik!
Anda pun tahu kan…barang kemas sentiasa menjadi kegilaan kaum wanita sejak dahulu lagi kerana emas adalah simbol kecantikan, kejayaan dan kekuasaan.
Namun bagi pelabur-pelabur emas bijak, mereka akan memilih jongkong emas (Gold Bar), Syiling Emas dan Dinar Emas sebagai alat pelaburan mereka kerana ketulenan dan harga yang lebih tinggi bila dijual semula.
.
KELEBIHAN PELABURAN EMAS FIZIKAL DI MALAYSIA
1. Emas adalah Aset Sebenar
Emas fizikal adalah aset yang nyata (tangible asset) seperti rumah dan tanah. Emas fizikal juga merupakan instrumen pelaburan yang sangat baik.
Selama emas tersebut tidak dijual selama itu anda adalah pemiliknya, tidak kira samada harga emas naik atau turun.
Emas yang anda miliki tidak terikat kepada sesiapa pun. Nilai emas tersebut 100% di dalam kawalan anda. Tidak siapa pun boleh bekukan dan merampas kekayaan itu. Malahan orang yang berstatus ‘bankrupt’ pun boleh membeli dan melabur emas. Emas fizikal juga mudah untuk ditukar milik kepada anak dan keturunan anda.
2. Emas Sebagai Aset Selamat (Safe Haven)
Apabila berlakunya keadaan ekonomi yang tidak stabil, para pelabur akan berpindah kepada aset yang lebih selamat iaitu emas.
Inflasi akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan semakin mahal. Apabila nilai wang semakin melemah Pelabur akan pindahkan wang mereka kepada emas untuk melindung kejatuhan nilai mata wang.
3. Harga Emas Terus Meningkat Naik
Rajah di atas sudah terbukti prestasi emas sentiasa meningkat dari tahun 2015 sehingga tahun 2020. Walaupun harga emas memang adakalanya turun dan adakalanya naik, tetapi sejarah menunjukan dalam jangka masa panjang harga emas akan terus meningkat naik.
Harga emas terus ‘meroket’ dengan ketara apabila berlakunya ketidaktentuan ekonomi akibat dari Covid-19
Pengalisis emas berpendapat kenaikan harga emas akan terus naik sehingga 2 atau 3 tahun dari sekarang. Jadi tunggu apa lagi…menyimpanlah dari sekarang!
4. Emas Mudah Ditukar Kepada Tunai
Emas fizikal adalah aset yang sangat cair berbanding aset fizikal alternatif lain seperti rumah dan tanah.
Anda boleh mengambil wang dari logam ini dengan mudah dan di mana sahaja malahan semua negara di dunia boleh anda tukarkan emas kepada mata wang negara tersebut. Emas merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada tunai.
Di Malaysia, sekiranya anda memerlukan wang tunai, anda mempunyai 2 pilihan samada ingin menjualnya atau menggadai di pajak Gadai Islam ‘Ar-Rahnu’ untuk buat pinjaman wang dalam jangka masa pendek.
5. Emas Penyimpan Nilai
Nilai emas tetap terjamin sebab nilai emas diukur dari berat emas itu sendiri. Bila simpan wang anda dalam bentuk emas fizikal, anda tidak perlu risau jika emas tersebut terbakar atau rosak.
Malahan emas yang ditumbuk halus sehingga hancur atau emas dipotong-potong dalam bentuk apa sekali pun ataupun ia bengkok atau patah, nilainya tetap ada. Pendek kata nilai emas tidak akan jadi kosong.
6. Emas ‘Evergreen’
Emas fizikal adalah aset yang sangat berharga dan menjadi kesukaan oleh semua orang sejak zaman dahulu di seluruh dunia bukan sahaja pada waktu sekarang malahan pada waktu akan datang.
Emas fizikal yang kita simpan berapa lama sekali pun akan dinilai harganya mengikut harga terkini melalui timbangan. Ini bermakna peniaga yang jual beli jongkong emas dan dinar emas tidak akan rugi walaupun emas yang dijual itu tiada pembelinya.
Penjual emas sentiasa tersenyum sama ada emasnya terjual atau tidak.
Sebab itu kita jarang lihat kedai emas yang jual jongkong emas membuat tawaran harga 50% diskaun. Jadi kalau nak lebih untung jadilah pelabur emas fizikal.
.
KEKURANGAN PELABURAN EMAS FIZIKAL DI MALAYSIA
1. Tiada Pulangan
Emas dianggap sebagai penyimpan nilai dan nilainya meningkat dalam tempoh yang lama. Kalau mahu pulangan dari peningkatan nilai ini, anda perlu jual emas anda. Selagi tak jual, ia kekal dalam bentuk fizikalnya. Kita nampak untungnya hanya dari atas kertas sahaja.
2. Risiko Untuk Dicuri Tinggi
Bila sudah banyak menyimpan logam berharga ni, sifat semulajadi kita sebagai manusia, akan merasa tidak selamat menyimpannya di rumah. Maklumlah barang berharga. Barang berharga ni menjadi sasaran pencuri atau perompak.
3. Ada Kos Simpanan Jika Simpan di Bank
Jika anda dah semakin banyak beli emas fizikal ni, pasti anda akan rasa tak selamat untuk terus menyimpannya di rumah kan. Pasti anda nak sesuatu yang lebih menjamin keselamatannya. Jadi anda pasti akan memilih untuk menyimpannya di peti simpanan bank atau syarikat-syarikat yang menyediakan peti simpanan emas.
Sudah pastilah peti simpanan di sini akan selamat kerana ia diinsurankan, namun sudah pasti jugaklah perkhidmatan penyimpanan ini tidak percuma. Pasti ada kos yang perlu anda bayar. Jadi, terpulanglah pada anda!
.
Nah…macam mana anda semua…dah terang lagi bersuluh kan tentang kelebihan dan kekurangan emas fizikal ni. So ambillah mana-mana yang baik. Mana-mana yang tidak baik tu kalau boleh anda cari penyelesaian…carilah…
Sekiranya anda rasa macam belum bersedia dengan pelaburan emas ni, anda boleh cuba dulu pelaburan dalam dunia ilmu perniagaan internet di pasaran luar negara.
Di bawah ni saya ada kongsi satu link di mana anda akan dibimbing oleh seorang MENTOR PERNIAGAAN INTERNET PASARAN LUAR NEGARA secara langkah demi langkah, bermula dari ZERO kepada menjadi seorang HERO.
Saya dengar kata…beliau ni dah bantu beribu-ribu orang memasarkan produk mereka ke pasaran luar negara. Apa kata anda klik link di bawah ye…JUMPA LAGI!!!
<<<Mentor Perniagaan Internet Pasaran Luar Negara>>>
Sekian, wassalam.