Apa Itu Dropezada?

0

Apa itu Dropezada? Saya pada mulanya pun tak tahu apa benda ni. Kaji punya kaji akhirnya dapat jawapannya. Jom saya kongsi pula dengan anda ya!

Dropezada merupakan pembekal dan pemborong dropship No 1 di Malaysia dengan pejabat perniagaan dan operasi yang terletak di Alor Setar, Kedah.

Dropezada dimiliki sepenuhnya oleh syarikat BNI RESOURCES 100% Bumiputera yang ditubuhkan pada 23 Ogos 2019 di Alor Setar, Kedah.

Dropezada ialah platform dropship automasi yang menggabungkan teknik jualan dalam talian (e-dagang) yang disepadukan dengan pasaran terkenal Malaysia Shopee & Lazada.

apa itu dropezada

Dropezada menjual pelbagai jenis produk daripada keperluan bayi dan ibu, rumah dan barangan keperluan, produk kesihatan dan kecantikan, peralatan dapur, kosmetik, bekalan sukan dan riadah, hobi dan banyak lagi.

Dropezada mempunyai MISI yang jelas untuk membantu dan melatih lebih ramai usahawan muda terutamanya untuk memulakan perniagaan dalam talian tanpa memerlukan modal yang besar dan mendapat bimbingan terus daripada syarikat melalui video dan ebook online untuk terus maju dari semasa ke semasa selaras dengan perkembangan syarikat.

Selain itu, Dropezada mempunyai VISI untuk menjadi jenama yang paling terkenal dalam industri, dipercayai dan terkenal oleh pelanggan mereka dari seluruh negara.

Satu perkara yang sangat menarik tentang Dropezada ialah harga yang mereka tawarkan adalah mesra bajet, selaras dengan misi mereka untuk memberi peluang dan ruang kepada usahawan muda yang baru mula berkecimpung dalam bidang perniagaan online e-dagang sama ada secara sambilan atau sepenuh masa dan tidak memerlukan bajet yang besar untuk bermula serta mencipta perniagaan yang menyenangkan untuk setiap pelanggan dengan sistem canggih yang mereka sediakan.

Kelebihan Utama Dropshipping dengan Dropezada

.

1. Dropship ke Shopee & Lazada dalam Minit

Anda boleh jual produk tanpa membeli & menyimpan stok dan buat keuntungan semasa mereka memproses dan menghantar kepada pembeli anda dalam masa 24 jam.

2. Dengan Beberapa Klik Kedai Shopee dan Lazada Anda Sedia Untuk Buat Jualan

Dropezada menawarkan alat dropshipping automasi yang membantu anda menjimatkan masa dan tenaga untuk kerja teknikal dan kesukaran yang akan membolehkan anda memulakan perniagaan anda hari ini dan membuat keuntungan setiap hari tanpa perlu bersusah payah.

3. Tidak Perlu Kemahiran Teknikal

Hanya dengan EMPAT langkah mudah anda boleh memulakan Bisnes Dropshipping anda ke Shopee dan Lazada sekarang juga!

  1. Pilih Produk – Pilih daripada beratus-ratus produk untuk dijual dari kedai kami.
  2. Synckan Butiran Produk – Synckan butiran produk ke kedai Shopee dan Lazada anda dengan beberapa klik.
  3. Pembelian Pelanggan – Pelanggan membeli dari kedai Shopee & Lazada anda.
  4. Dropezada Hantar Untuk Anda – Dropezada akan memproses dan menghantar produk kepada pelanggan anda dalam masa 24 jam.

Dropezada Adalah Penyelesaian Untuk Bisnes Dropship Anda!

Antara kelebihan-kelebihan lain yang anda boleh perolehi melalui Dropezada ini ialah:-

1. Muat Naik Secara Auto

Hanya beberapa klik sahaja semua gambar produk dan maklumat detail akan masuk ke kedai Shopee dan Lazada anda.​

2. Kemas Kini Stok Secara Auto

Sistem akan synckan inventori stok ke akaun Shopee dan Lazada anda secara automatik. Tiada lagi “CANCEL ORDER” atau semakan stok secara manual.

3. Auto Fullfilment

Sistem akan sycnkan jualan dari kedai Shopee dan Lazada anda dan Dropezada akan memproses pesanan dan menghantar terus kepada pembeli anda.

4. Kemas Kini Tracking Secara Auto

Nombor tracking akan dikemas kini secara automatik ke aplikasi kedai Shopee dan Lazada anda selepas parcel dipos. Anda hanya perlu memantau pergerakan parcel.

5. Bebas Untuk Tetapkan Harga Jualan

Tiada kawalan harga dikenakan pada setiap produk. Anda bebas untuk menetapkan harga jualan anda sendiri dan mengaut keuntungan dari harga borong mereka walaupun dengan satu produk.

6. Fleksibel & ‘Cloud Base’

Tidak perlu memasang apa-apa software kerana aplikasi ini adalah ‘cloud based’. Boleh dilakukan di mana-mana dari mana-mana peranti sama ada dari komputer, tablet atau telefon pintar.​

Siapa Yang Patut Sertai Dropezada?

.

1. Surirumah

Surirumah yang ingin menjana pendapatan sambil menguruskan anak dan keluarga di rumah.

2. Pelajar

Pelajar sekolah atau universiti yang ingin mencari pendapatan sambilan untuk menampung kos perbelanjaan pengajian atau untuk simpanan masa hadapan.

3. Pekerja Part Time

Lelaki atau wanita bekerjaya yang sibuk dengan kerja dan tiada masa untuk berniaga tetapi ingin menambah pendapatan secara sambilan.

.

Tunggu apa lagi…dah tahu kan apa itu Dropezada? Jom mulakan perjalanan dropshipping anda dengan Dropezada hari ini! Dapatkan pendapatan tambahan anda ke dalam poket anda setiap hari. Anda boleh mendaftar akaun dengan Dropezada DI SINI.

.

Selamat Mencuba!

.

<<<Kalau Tak Nak Register Dropezada, Register Kat SINI Pun Boleh>>>

.