Cara Buat Duit Online Tanpa Modal 2021

0

Ramai orang pada masa kini tercari-cari cara buat duit online untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan. Dan dah ramai yang berjaya menjadi kaya dan berjaya dengan cara ini setelah mereka menjumpai lubuk buat duit online ni.

Anda perlu jadikan Internet sebagai satu platform yang benar-benar dapat menjana sumber pendapatan tanpa batasan. Manfaatkan Internet sepenuhnya untuk kaut keuntungan berlipat kali ganda, dan bukannya guna Internet untuk syok sendiri sahaja.

Pelbagai cara buat duit online yang boleh anda pelajari dan praktiskan yang menjanjikan pulangan yang lumayan jika anda benar-benar memberi sepenuh tumpuan. Di sini, saya ingin kongsikan kepada anda beberapa cara buat duit online yang boleh anda mulakan sekaligus membantu anda menambah pendapatan seisi keluarga.

1. Buat Duit Dengan Shopee

Cara Buat Duit Online Dengan Shopee

Semua orang tahu apa itu Shopee. Dah ramai yang membeli-belah di Shopee, platform e-commerce no 1 di Malaysia. Dan dah ramai juga yang menjual pelbagai produk dan perkhidmatan di Shopee.

Pasti anda juga tahu di Shopee ni anda juga boleh buat duit secara online. Jika tiada produk pun boleh buat duit…jika ada produk lagi boleh buat duit.

So, saya akan terangkan cara buat duit online tanpa modal dengan Shopee ya. Ada 2 cara sama ada secara dropship atau secara affiliate.

Dropship ialah anda menjual barangan orang lain tanpa perlu menguruskan simpanan stok, penghantaran dan lain-lain urusan.

Contohnya, anda memilih menjadi dropship bagi tudung Neelofa. Selepas mendapat keizinan dari Neelofa, anda cuma daftar kedai Shopee anda, dan tugas anda adalah upload gambar produk yang anda ingin jual di kedai Shopee anda, masukkan detail dan harga yang sudah termasuk keuntungan anda. 

Setiap pembelian dari kedai Shopee anda, anda akan serahkan sejumlah wang yang dipersetujui dan ambil keuntungan anda, kemudian beri detail pembeli kepada pihak Neelofa dan urusan penghantaran akan dilakukan oleh mereka. Mudahkan…tiada modal yang diperlukan dan anda boleh jual apa sahaja yang anda suka. Tambahan pula, anda tak perlu simpan stok dan uruskan penghantaran.

Cara buat duit online secara affiliate di Shopee pula adalah anda menerima komisyen apabila berjaya mempromosikan dan menjual produk atau servis orang lain secara online. Jika anda nak tahu dengan lebih lanjut lagi bagaimana nak buat duit secara affiliate ni, apa kata anda klik DI SINI sebab saya ada kongsikannya.

2. Buat Duit Dengan Smartphone

Pada zaman teknologi yang serba canggih sekarang ni, dengan smartphone yang anda selalu berdampingan ke hulu hilir tu pun boleh buat duit untuk anda kalau anda tahu caranya. Tak perlu modal, boleh buat di mana-mana sahaja dan tak ada apa-apa risiko kerugian.

Anda diperlukan oleh syarikat-syarikat sama ada untuk tujuan pengumpulan data survey, untuk menguji aplikasi mereka atau menguji permainan (games) mereka. Anda akan dibayar dalam matawang USD atau dalam bentuk point yang boleh ditukarkan menjadi duit (Shopback).

Contohnya anda boleh membuat duit dengan mengambil bahagian dalam tinjauan yang ada diaplikasi handphone anda, seperti Toluna yang memberi ganjaran dalam bentuk point yang boleh ditukarkan kepada duit. View survey yang membayar 1-5 USD bagi setiap survey yang anda siapkan. Anda boleh cuba Panel Place, Yougov dan banyak lagi. 

Contoh lain ialah jadi penguji (tester) kepada aplikasi baru. Anda boleh mendaftar sebagai tester di platform yang ada seperti Utest, testerwork.com, test.io dan lain-lain.

Namun demikian, kadangkala tidak semua survey sesuai dengan profil anda dan memerlukan jumlah amaun tertentu setiap kali ingin buat pengeluaran dan yang paling tak best banyak juga kes penipuan. Jadi hati-hati ya!

3. Buat Duit Dengan YouTube

Sebagaimana yang anda ketahui sekarang ni dah ramai Youtuber yang kaya hanya dengan upload video di YouTube.

Perkara yang paling penting dalam menjana pendapatan dengan YouTube adalah penonton (audience). Merekalah sumber pendapatan anda. Jadi pastikan content anda menepati apa yang dicari.

Sebelum anda menjana pendapatan melalui YouTube, pertama sekali adalah video yang di upload perlu mematuhi polisi YouTube iaitu YouTube Community Guidelines. Kemudian barulah anda boleh menyertai YPP (YouTube Partner Program) dan dari sini setiap video anda akan mula menjana duit.

.

3 Syarat wajib yang perlu diikuti sebelum anda menyertai YPP ialah:

.

1. Video anda mesti mencecah sekurang-kurangnya 4,000 jam tontonan.

2. Saluran YouTube anda mesti mempunyai MINIMUM subscriber sebanyak 1,000 subscriber.

3. Saluran YouTube anda mesti berada dalam keadaan Good Standing seperti yang tertera di YouTube Community Guidelines.

Jika anda dah mencapai ketiga-tiga syarat di atas, TAHNIAH! Anda telahpun melayakkan diri menjana pendapatan daripada YouTube. Nampak mudah namun segalanya memerlukan kesabaran, usaha dan masa.

Menjadi seorang YouTuber adalah mudah iaitu hanya daftar akaun di YouTube, pilih mana-mana video yang anda ada dan upload di saluran YouTube anda. Tapi usaha mendapatkan tontonan dan subscriber itu memakan masa dan usaha yang berterusan. Anda perlu menghasilkan content yang menarik dan kualiti video yang cantik. 

4. Buat Duit Dengan Blog

Dah ramai blogger di Malaysia buat duit online dengan mudah setiap hari dalam matawang USD. Dengan menggunakan blog secara percuma anda boleh menjana duit setiap bulan tanpa perlu menjual apa-apa barang, tidak perlu mempromosikan apa-apa produk, dan cuma berkongsi penulisan anda di blog anda sendiri.

Anda boleh berkongsi apa sahaja yang anda suka di blog anda. Sama ada tentang kehidupan anda, melancong, penjagaan anak-anak, dunia masakan, make up, barangan penjagaan kulit, automotif atau apa-apa sahaja yang akan membuatkan orang suka dan ingin membaca. Pastikan penulisan anda dapat menarik ramai pembaca agar dapat meningkatkan trafik anda.

Salah satu cara buat duit online melalui blog ni, adalah dengan menggunakan rangkaian iklan dari Google seperti Google AdSense. Google AdSense akan meletakkan iklan yang sesuai di blog anda dan setiap kali pembaca datang membaca blog anda, jika mereka klik di iklan, anda akan dapat duit dalam USD. Kebanyakan iklan adalah PPC (Pay Per Click).

Pengiklan akan membayar Google AdSense untuk setiap klik yang ada dan blogger akan menerima sebahagian kecil dari keuntungan itu.

Ini baru satu kaedah. Ada banyak lagi kaedah yang boleh anda gunakan untuk dapat duit melalui blog anda. Nanti saya kongsikan pada masa yang lain.

5. Buat Duit Dengan Fotografi

Jika anda seorang yang meminati bidang fotografi, apa kata anda jadikannya sebagai satu sumber pendapatan di dalam matawang USD. Di luar negara, pasaran foto digunakan secara meluas kerana ramai yang memerlukan gambar-gambar yang cantik untuk buku mereka, media, surat khabar online dan kegunaan lain lagi.

Anda boleh menjual gambar-gambar yang anda ambil melalui kamera anda kepada laman-laman web seperti Shutterstock, iStockphone, Microstock dan banyak lagi platform online. Anda hanya perlu mendaftar di laman web mereka dan mula upload gambar-gambar anda untuk dijual.

Selain daripada dibayar dalam USD, adakalanya harga satu gambar tinggi dan dibeli berkali-berkali. Untung kan? Anda hanya perlukan internet dan kamera/handphone saja dan anda bebas menjana pendapatan di mana-mana sahaja pada bila-bila masa sahaja!

Kesimpulan

Nah…saya dah kongsikan 5 cara buat duit online tanpa modal yang boleh anda mula praktiskan dari sekarang. Walaupun tiada modal yang diperlukan, semuanya memerlukan usaha yang berterusan dan kemahiran tertentu. Anda haruslah bijak menilai dan memilih kaedah yang sesuai dengan anda dan keadaan anda. Jangan cepat putus asa!

Ada 1 lagi CARA BUAT DUIT ONLINE yang saya lupa kongsi. Apa kata anda KLIK DI SINI!