Gambar Background Putih Terang Guna Iphone – 4 Apps WAJIB Ada!

0

Gambar background putih terang guna Iphone ni pun tak susah nak buat. Apa kata…kita belajar dulu caranya…jangan risau…saya akan kongsikan dengan anda macam mana nak buat gambar background putih terang guna Iphone.

Bagi memudahkah proses untuk membuat gambar background putih terang guna Iphone ni, saya telah mengumpulkan 4 apps Iphone terbaik dalam panduan ini untuk pengguna IPhone.

.

1. Apowersoft Background Eraser

Penilaian pengguna: 4.6
Saiz fail: iOS 61 MB
Keserasian Sistem: iOS 10.0 atau lebih baru


Apowersoft Background Eraser ialah aplikasi iPhone yang sangat baik yang bukan sahaja mampu membuang background serta-merta tetapi juga membolehkan pengguna menukar background kepada putih. Ia datang dengan berpuluh-puluh warna biasa seperti putih dan template backdrop yang sangat hebat.

Selain daripada membuat background putih, apps ini juga menyediakan ciri pengeditan yang mudah digunakan yang membolehkan anda “crop”, mengubah saiz, “flip” dan menduplikasi.

Anda boleh “download” applikasi ini di App Store ye!

Berikut saya kongsikan dengan anda langkah demi langkah untuk membuat gambar background putih terang guna Iphone:

  • Pilih ‘recognition’ bergantung pada jenis imej yang akan anda gunakan.
  • Dalam sekelip mata, background akan dibuang.
  • Klik “Background” > “Colour” kemudian pilih warna putih.
  • Klik “Save HD” untuk menyimpannya pada peranti anda.

2. Superimpose

Penilaian pengguna: 4.5
Saiz fail: 11M
Keserasian Sistem: iOS 7.0 atau lebih baru


Superimpose ialah aplikasi lain yang boleh menukar background kepada putih pada iPhone. Aplikasi ini menyokong banyak background warna biasa termasuk putih. Sebelum menambah background putih, anda perlu menggunakan ‘manual eraser tool’ untuk membuang bacground anda.

Walaupun mengambil masa untuk mendapatkan ‘cut out’ yang tepat kerana perlu dibuat secara manual, namun, aplikasi ini membantu anda menjadikan background putih.

Berikut cara-cara untuk menggunakannya:

  • Mula-mula, ‘install’ apps ini pada HP anda dan ‘open’.
  • Gunakan “ERASE” tool untuk membuang kawasan background.
  • Setelah berpuas hati dengan hasilnya, kemudian klik “Background” untuk menjadikannya putih.
  • Simpannya dengan menekan ‘share icon’ dan klik ikon “SAVE”.
gambar background putih terang guna iphone 3

3. Magic Eraser Background Editor

Penilaian pengguna: 4.8
Saiz fail: 25.1 MB
Keserasian Sistem: iOS 11 atau lebih baru

Apps ini sangat simple dan straight-forward. Aplikasi ini merangkumi banyak background ‘solid color’ selain daripada putih yang boleh anda pilih.

Selain itu, ia menyediakan ‘Magic Wand’ yang mengeluarkan warna yang sama pada subjek anda secara automatik. Tambahan pula, ia menyediakan ciri penyuntingan berguna yang boleh dikendalikan walaupun anda tiada pengalaman dalam penyuntingan sebelum ini.

Ia membolehkan anda zoom, “restore”, menggunakan “red mask”, “invert mask” dan “undo”.

Ikuti langkah yang diberikan di bawah:

  • Install apps ni di App Store.
  • Buka apps, gunakan Magic Wand untuk buang background terlebih dahulu.
  • Kemudian klik ikon “Share” dan klik butang “Edit Background” kemudian “Color” untuk memilih warna putih.
  • Setelah selesai, tekan pilihan JPG untuk menyimpannya pada peranti anda.

4. Editor Foto ProKnockOut-Mix

Penilaian pengguna: 4.7
Saiz fail: 60M
Keserasian Sistem: iOS 8 dan lebih baru

Jika anda ingin mempunyai apps yang tidak menyediakan “built-in color solid background” tetapi dapat menyimpan background putih serta-merta, maka ProKnockOut-Mix Photo Editor paling sesuai untuk anda.

Anda boleh menggunakan aplikasi ini untuk menjadikan background putih dengan mudah.

Jom kita tengok cara-caranya:

  • Install apps ini di App Store.
  • Buka apps, klik “Cutout” tool untuk mengimport gambar yang anda perlukan.
  • Kemudian tekan “One-click cut out” yang akan membuang background secara automatik.
  • Selepas itu, klik ikon “Next” > “Eksport” kemudian pilih format “JPG”.
  • Akhir sekali, tekan pilihan “Album” untuk menyimpan foto yang diproses pada peranti anda.
gambar background putih terang guna iphone 1

Kesimpulan

Nah…senang kan nak dapatkan gambar background putih terang guna Iphone…Tetapi seperti yang anda ketahui, tidak semua apps ini percuma. Bagi saya, Apowersoft Background Eraser adalah pilihan terbaik. Apatah lagi, anda boleh menggunakan aplikasi ini pada Android, Windows, dan juga pada laman web.

So, anda cuba dulu ye, dan nanti boleh la kongsi dengan saya pengalaman anda tu ye!

SELAMAT MENCUBA!

.

<<<Dah Pandai Buat Gambar Background Putih Untuk Produk Jualan, Jom Jual Kat SINI>>>

.