Gambar Cantik Guna Smartphone – (Part 1) Peralatan & Aksesori Yang Perlu Ada

0

Gambar cantik guna smartphone je? Boleh ke jadi cantik? Ya, memang boleh malah boleh nampak lebih profesional. Jom baca sampai abis ya! Saya akan kongsikan khas untuk anda.

Kebanyakan pemilik kedai e-dagang mengetahui asas mengambil gambar produk menggunakan smartphone.

Biasanya anda sebagai pemilik kedai e-dagang akan cari background putih dan sedikit cahaya semula jadi, pilih setting dan resolusi kualiti paling tinggi pada smartphone anda — dan klik! Dah siap…Anda mempunyai gambar produk. Ini adalah permulaan yang hebat.

Tetapi terdapat beberapa peralatan dan aksesori tambahan yang boleh mempertingkatkan kualiti gambar anda dan menunjukkan nilai produk anda untuk membolehkan pembeli sentiasa terbayangkan produk anda.

Jika anda ingin menjadi jurugambar profesional dengan smartphone anda dan mengambil gambar produk yang menakjubkan, berikut saya senaraikan beberapa peralatan dan aksesori tambahan yang perlu anda sediakan sebagai persediaan untuk bermula.

1. Gunakan Bilik Dengan Pencahayaan Yang Baik

Mula-mula, anda cari bilik di rumah anda dengan tingkap yang terang. Lebih besar tingkap, lebih banyak cahaya semula jadi yang anda miliki untuk ‘menghidupkan’ produk anda.

gambar cantik bilik

Mengambil gambar produk lebih dekat ke tingkap menghasilkan cahaya yang lebih lembut dengan bayang-bayang yang lebih gelap. Berada lebih jauh dari sumber cahaya akan memberi anda bayang-bayang yang lebih cerah dan sharp.

2. Pilih Smartphone Anda

Kebanyakan kamera smartphone hari ini menjadikan alternatif DSLR yang hebat untuk fotografi produk. Lebih tinggi kiraan megapiksel, lebih baik gambar produk anda akan keluar.

Anda boleh menggunakan mana-mana smartphone dengan kamera yang bagus, tetapi kalau boleh dapatkan model yang lebih baru dengan kamera 12 megapiksel atau lebih, seperti:

  • Apple iPhone 8 atau lebih baru
  • Samsung Galaxy S8 atau lebih baru
  • Huawei P20 Pro atau lebih baru
  • Google Pixel 2 atau lebih baru

3. Dapatkan Mini Tripod

Anda boleh dapatkan mini tripod yang murah mahupun yang mahal. Tidak kira berapa bajet anda, ia adalah pelaburan yang baik dengan hasil yang tinggi.

Mini tripod akan mengurangkan goncangan kamera dan membantu menyeragamkan sudut dan gaya foto untuk barisan produk anda.

4. Sediakan Background

Letakkan background putih di belakang produk anda untuk memberikan gambar anda rupa yang bersih dan konsisten serta untuk menghilangkan gangguan. Anda boleh menggunakan kertas putih, atau membeli poster board dengan harga yang murah. Anda juga memerlukan meja untuk meletakkan background anda.

Anda boleh menggunakan selotape untuk menahan background anda atau melekatkan produk anda pada background tersebut.

Sentiasa pastikan background anda berwarna putih. Background putih memantulkan cahaya semula jadi pada produk dan menjadikan gambar produk anda terang sekata. Ia juga memudahkan proses penyuntingan jika anda perlu mengeluarkan background.

Warna krim atau putih pudar akan menyukarkan penyuntingan dan pencahayaan. Juga, cuba letakkan background anda bukan sahaja di belakang produk anda tetapi di bawahnya juga.

gambar cantik background

5. Gunakan ‘Bounce Board’ Berwarna Putih

Mengawal pencahayaan adalah penting apabila mempelajari cara mengambil gambar produk dengan iPhone atau Android.

Bounce board membantu meminimumkan bayang-bayang dan mencipta persekitaran pencahayaan yang lebih seimbang untuk memastikan gambar produk anda dalam kualiti yang terbaik.

Anda boleh membeli bounce board yang berwarna putih yang diperbuat daripada foam di Shopee.

6. Sediakan ‘Diffuser Sheet’ Jika Matahari Terlalu Terang

Apabila pencahayaan terlalu terang, diffuser sheet akan melembutkan cahaya dan ini akan menjadikan impian anda untuk mendapatkan gambar cantik tercapai. Anda boleh mendapatkannya di Shopee atau DIY ya.

.

Ok…memandangkan anda telah menyediakan semua peralatan dan aksesori yang perlu ada untuk mendapatkan gambar cantik, di artikel yang akan datang saya akan kongsi dengan anda tentang cara menggunakan cahaya semula jadi semasa mengambil gambar produk dengan smartphone anda pula ya. STAY TUNE!

.

<<<Dah Pandai Ambil Gambar Cantik, Jom Jual Produk DI SINI>>>

.

SELAMAT MENCUBA!