Langkah Kedua Berniaga di Amazon

0

Alhamdulilah, bertemu lagi kita ye! Sebagaimana yang saya janjikan, saya akan kongsi dengan anda banyak lagi info tentang cara berniaga di Amazon ni. Kali ni, saya akan kongsi dengan anda apa pula langkah kedua berniaga di Amazon. Jika ada yang terlepas langkah pertama berniaga di Amazon, boleh la klik DI SINI ya!

Dalam langkah kedua berniaga di Amazon ni, sudah sampai masanya apabila anda dah lengkap langkah pertama, anda perlulah mula memasukkan produk anda ke dalam kedai online di Amazon pula. Di sini ada 3 perkara yang harus anda ketahui bagaimana untuk memasukkan produk anda. Jom saya perincikan untuk anda ya!

1. Kategori Produk

Apa yang boleh anda jual di Amazon? Ia bergantung pada produk, kategori dan jenama.

Sesetengah kategori terbuka kepada semua penjual, sesetengahnya memerlukan akaun penjual Profesional, sesetengahnya memerlukan kelulusan untuk menjual, dan sesetengahnya termasuk produk yang tidak boleh dijual oleh penjual pihak ketiga.

Anda boleh klik DI SINI untuk mengetahui gambaran keseluruhan kategori produk Amazon.

Atau anda boleh hubungi ‘Seller Central Help’ untuk mengetahui lebih lanjut tentang sekatan produk dan cara meminta kelulusan. Jika anda menghantar order dengan ‘Fulfillment By Amazon’, pastikan anda menyemak senarai khusus sekatan produk FBA.

2. Butiran Penyenaraian Produk (Product Listing Details)

Untuk mula menjual produk di Amazon, anda akan membuat penyenaraian produk (listing product) di Seller Central (atau melalui API).

Penyenaraian produk termasuk:

  • Pengecam produk (Product Identifier), seperti GTIN, UPC, ISBN atau EAN untuk menentukan item yang tepat yang anda jual. Anda boleh mendapatkan kod UPC terus daripada GS1, atau meminta pengecualian.
  • SKU, iaitu ID produk yang anda buat untuk menjejaki inventori anda sendiri.
  • Butiran tawaran, termasuk harga, keadaan produk, kuantiti yang tersedia dan pilihan penghantaran.
  • Butiran produk seperti nama, jenama, kategori, perihalan dan imej.
  • Kata kunci (keywords) dan istilah carian untuk membantu pembeli mencari produk anda.

.

Jika penjual lain sudah menawarkan produk yang sama, anda akan memadankan penyenaraian sedia ada (yang bermaksud beberapa butiran akan disediakan, seperti pengecam produk). Jika anda penjual pertama menawarkan produk, anda akan membuat penyenaraian baharu.

Di bawah ni, saya ada sediakan beberapa video penerangan yang lebih jelas lagi tentang produk ID, proses-proses penyenaraian produk (product listing) dan cara bagaimana nak bina ‘listing’ yang bagus.

.

3. Butiran Halaman Produk (Product Page Details)

Butiran tawaran anda akan dipaparkan pada halaman butiran produk (product detail page). Jika anda pernah membeli-belah di Amazon.com, anda pernah melihatnya. Halaman butiran produk ialah tempat pelanggan mencari semua maklumat yang berkaitan tentang item tertentu.

Apabila ramai penjual menawarkan produk yang sama, Amazon menggabungkan data daripada pelbagai tawaran tersebut pada satu halaman butiran tunggal (single detail page). Penjual yang menawarkan produk boleh menyumbang maklumat halaman butiran atau meminta semakan halaman butiran jika maklumat yang dipaparkan tidak betul.

Jika anda menjual produk anda di bawah ‘register trademark’, pertimbangkan untuk mendaftar dalam Amazon Brand Registry, di mana ia menawarkan perkhidmatan percuma yang memberikan anda kawalan yang lebih tinggi ke atas halaman butiran produk yang menggunakan nama jenama anda. Ketahui tentang ‘Amazon Brand Registry’ DI SINI!

Berikut merupakan 7 point penting seperti gambarajah di atas yang perlu ada pada butiran halaman produk anda:-

  1. Tajuk – Maksimum 200 aksara, gunakan huruf besar pada huruf pertama setiap perkataan.
  2. Imej – 500 x 500 atau 1,000 x 1,000 piksel untuk meningkatkan kualiti penyenaraian.
  3. Variasi – Seperti warna, bauan atau saiz yang berbeza.
  4. ‘Bullet Points’ – Ayat pendek dan deskriptif yang menonjolkan ciri dan faedah utama.
  5. ‘Featured offer’ (“Buy Box”) – Tawaran yang ditampilkan pada halaman butiran. Pelanggan boleh menambah pada troli mereka atau “Buy Now”
  6. Tawaran lain – Produk yang sama dijual oleh berbilang penjual yang menawarkan harga berbeza, pilihan penghantaran, dsb.
  7. Penerangan – Kata kunci (keywords) meningkatkan peluang orang ramai untuk mencari penyenaraian produk anda.

.

Kesimpulan

Ok…cukup dulu langkah kedua berniaga di Amazon ni ye! Pelan-pelan kayuh no…..tengok video-video tu dulu satu persatu…take your time…Nak bisnes di luar negara ni bukan mudah…kena ambil masa belajar dan belajar dulu…

Kalau nak belajar dengan lebih mendalam lagi, klik link di bawah ni kerana beliau amat pakar tentang selok belok bisnes luar negara ni.

.

<<<Pakar Selok Belok Bisnes Luar Negara>>>

.

Selamat Mencuba!

.