Langkah Ketiga Berniaga di Amazon

0

Hari ni, saya akan sambung lagi ke langkah ketiga berniaga di Amazon ya! Langkah Satu & Dua sudah saya share sebelum ni. Baca dulu ya!

Dalam Langkah Ketiga ni, terdapat 2 perkara yang perlu anda beri perhatian iaitu CARA TARIK PELANGGAN dan APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SELEPAS MENDAPAT JUALAN PERTAMA ANDA!

langkah ketiga berniaga di amazon

.

CARA TARIK PELANGGAN

Setelah produk anda di ‘listing’ kan di kedai online Amazon anda, terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk menarik pelanggan. ‘The Amazon Flywheel’ menerangkan kaedah yang dicadangkan oleh Amazon untuk membantu anda menarik lebih ramai pelanggan dan seterusnya mampu menjana momentum untuk perniagaan anda.

1. Menyediakan Penghantaran Yang Cepat

Pelanggan sering membeli-belah produk dengan ‘badge’ Amazon Prime, yang anda boleh dapatkan dengan menggunakan ‘Fulfillment by Amazon’ (FBA) untuk menghantar produk dari salah satu pusat gudang Amazon.

Anda boleh terokai semua pilihan penghantaran DI SINI!

2. Iklankan Tawaran Anda

Anda boleh tingkatkan kewujudan produk anda di kedai Amazon dan juga boleh tingkatkan kesedaran jenama dengan mengiklankannya dalam hasil carian dan pada halaman produk anda.

Selain itu, anda boleh juga memberi kupon kepada pelanggan anda sebagai salah satu cara untuk mempromosikan produk anda.


Jika anda ingin ketahui dengan lebih mendalam tentang pengiklanan di Amazon, apa kata anda klik DI SINI!

3. Tetapkan Harga Yang Kompetitif

Ramai pelanggan membeli-belah dengan harga terbaik. Amazon boleh membantu anda menetapkan harga semula secara automatik dan harga pukal untuk pelanggan Amazon Business. Ini boleh membantu anda untuk kekal berdaya saing.

Jika anda nak lebih banyak idea untuk meningkatkan jualan, klik DI SINI!

.

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SELEPAS MENDAPAT JUALAN PERTAMA ANDA?


1. Dapatkan Ulasan Pelanggan (Customer Reviews)

Ulasan produk pelanggan memberi manfaat kepada pelanggan dan penjual. Pastikan anda sudah biasa dengan cara yang betul dan salah untuk mendapatkan lebih banyak ulasan produk dan mengelakkan pelanggaran dasar (policy).

Anda boleh dapatkan garis panduan tentang ‘Amazon Policies on Customer Product Reviews’ DI SINI!

2. Kembangkan Perniagaan Anda

Menjual di kedai Amazon membolehkan anda membina syarikat di seluruh dunia dari komputer riba anda sahaja.

Berikut saya senaraikan untuk anda beberapa cara untuk mengembangkan lagi perniagaan kedai Amazon anda di seluruh dunia:-

  • Pengiklanan – Iklan dipaparkan betul-betul di tempat pelanggan akan melihatnya (seperti halaman pertama hasil carian atau halaman butiran produk). Amazon menawarkan 3 cara pengiklanan dan kesemuanya boleh diakses melalui Seller Central.
  1. Produk Tajaan (Sponsored Products) – Produk Tajaan ialah iklan untuk penyenaraian produk individu di Amazon, jadi ia membantu produk anda muncul pada halaman hasil carian dan halaman butiran produk.
  2. Jenama Tajaan (Sponsored Brands) – Jenama Tajaan mempamerkan jenama dan portfolio produk anda. Ia adalah iklan hasil carian yang menampilkan logo jenama anda dan tajuk yang paling sesuai.
  3. Kedai Amazon (Amazon Stores) – Kedai Amazon membolehkan anda berkongsi cerita jenama dan tawaran produk anda. (Dan anda tidak memerlukan kemahiran laman web untuk menggunakannya.)
  • Promosi dan Kupon – Pelanggan ingin berjimat, dan promosi adalah insentif untuk membuat pembelian BUY NOW. Terdapat 3 jenis promosi: potongan wang, penghantaran percuma dan beli satu percuma satu. Anda juga boleh menawarkan diskaun peratusan atau potongan wang dengan kupon digital.
  • Pengembangan Global -Menjual secara global amat diidamkan oleh mana-mana perniagaan. Ini bermakna ratusan juta pelanggan baru dan potensi peningkatan besar dalam jualan produk anda. Apabila tiba masanya untuk membawa perniagaan anda ke peringkat seterusnya, gunakan Amazon Global Selling untuk menyenaraikan dan menjual produk anda di mana-mana kedai dalam talian Amazon di Amerika Utara, Eropah dan Asia. Untuk maklumat lanjut, klik DI SINI!

.

Kesimpulan

Ok…saya rasa cukup dulu setakat ni langkah ketiga berniaga di Amazon ni ye…banyak-banyak info nanti confirm anda pun pening…InsyaAllah lepas ni saya akan kongsi lagi info yang lebih mantop….yang boleh menjadikan anda seorang seller yang hebat di persada antarabangsa. Jumpa lagi!

.

<<<Sekiranya Nak Jadi Seller Antarabangsa, Cari Ilmu DI SINI>>>

.

Selamat Mencuba!