Kepuk-kepuk USD – Cara Buat Duit Online Di Marketplace Ebay

0

Pada 6 November 2021 yang lepas, saya sempat tengok ulangan FB Live Pesta Konvo USIM yang menjemput Tuan Zul Ariffin untuk satu slot bertajuk Kepuk-kepuk USD. Saya dapat tahu pasal sesi live ni pun sebab terbaca satu posting Tuan Zul sendiri di FB Peribadi beliau yang menjemput kita untuk tengok sesi live tersebut.

Cara Buat Duit Online 2

Itupun saya sempat tengok yang recorded live jer. Mungkin ada juga dalam kalangan komuniti eBay Intelligence yang terlepas pandang pasal sesi live ni. Tuan Zul secara santai berkongsi cara buat duit online dan bagaimana cara usahawan online Malaysia nak tembus pasaran USA hanya dari rumah melalui marketplace eBay.

>>>Tonton Recorded FB Live Kepuk-kepuk USD Bersama Tuan Zul<<<

Mungkin ada beberapa golden nugget yang kita boleh dapat daripada perkongsian Tuan Zul pada sesi live tersebut. Paling tidak pun, kita dapat refresh balik ilmu dan proses-proses penting dalam mengusahakan bisnes online eBay ni. Jadi, dalam artikel ni saya nak kongsikan beberapa point penting daripada sesi FB Live Kepuk-kepuk USD tu. Jom layan…

Persediaan Bisnes Ebay – Cara Buat Duit Online Di Marketplace Ebay

Soalan pertama yang ditujukan oleh saudari Liyana selaku emcee pada sesi FB Live tersebut kepada Tuan Zul ialah “bagaimana mahasiswa dan mahasiswi boleh mulakan bisnes online eBay dan apa langkah-langkah yang perlu mereka ambil?”.

Dari segi peralatan, kita hanya perlukan laptop atau pc, capaian internet dan kad debit. Yang mana, ketiga-tiganya dah menjadi satu keperluan asas dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi. Cumanya, bila nak mulakan perniagaan, kita wajib dapatkan lesen perniagaan dari SSM. Itu sahaja.

Dari segi persediaan pula, kita akan set up akaun eBay kita sendiri, set up akaun Payoneer untuk terima bayaran dari buyer di luar negara dan set up sistem servis penghantaran dari Malaysia ke luar negara seperti DHL, Singapore Post, Pos Malaysia dan sebagainya.

Cara Buat Duit Online - Persediaan

Untuk seller yang guna bisnes model dropship dari Aliexpress ke eBay, kita hanya perlu set up akaun Aliexpress untuk buat pembelian produk dari supplier di Aliexpress.com. Ebay adalah marketplace untuk pasaran global, dengan akaun eBay sahaja, produk kita boleh dipasarkan hingga luar negara tanpa perlu ada laman web sendiri dan tanpa perlu buat pemasaran berbayar.

Kami di Buzflix.com berkongsi cara buat duit online dengan menjual produk fizikal di marketplace Ebay menggunakan tiga model bisnes. Samaada menjual secara dropship dari China ke Ebay, pos produk dari Malaysia ke luar negara atau dropship produk dari warehouse kami di US.

Nak jual produk sendiri pun boleh, apa yang penting adalah ilmu cara nak pasarkan produk ke luar negara tersebut. Tuan Zul mengutamakan modul pembelajaran bagaimana nak pastikan newbie Ebay mampu menjadi Top Rated Seller melalui kelas online eBay Intelligence Academy.

Cara Buat Duit Online - Top rated Seller

>>>Semak Tarikh Kelas Online Ebay Intelligence Academy<<<

Jenis-jenis Bisnes Model – Cara Buat Duit Online Di Marketplace Ebay

Soalan kedua yang ditujukan kepada Tuan Zul ialah “apa asas kukuh yang diperlukan pada seseorang yang nak ceburi bisnes online eBay?”. Sebagai usahawan online eBay, kita perlu jelas dengan bisnes model yang nak digunakan dan bagaimana strategi nak buat jualan dengan mudah.

Cara Buat Duit Online - Bisnes Model

3 Jenis Bisnes Model Untuk Berniaga Di eBay ialah;

  1. Bisnes dropship.
  • Level ni biasanya seller yang baru nak mulakan bisnes eBay. Akaun seller biasanya berstatus Casual Seller dan Manage Seller. Tapi ada juga yang dapat Top Rated Seller. Kelebihan pada level ni, tak perlu modal besar dan tak perlu simpan stok. Bila ada jualan, baru beli stok dengan supplier.

2. Small Inventory.

  • Level ni biasanya seller dah ada pengalaman buat bisnes eBay dan dah dapat rentak. Akaun kebanyakannya adalah Top Rated Seller. Kelebihannya, boleh kawal 100% proses pemilihan supplier hingga penghantaran produk ke buyer. Untung juga lebih besar berbanding model dropship.

3. Warehouse Fulfillment.

  • Level ni biasanya seller yang ada modal besar dan seller dari syarikat yang plan untuk buat long term dan work smart. Biasanya seller kategori ni dapat subsidi dan program sponsor dari eBay.
  • Kelebihannya, seller dah tak perlu handle repeated proses seperti kerja packing, wrapping dan shipping. Seller dah ada masa untuk fokus pada perkara yang lebih penting seperti kerja research, outsourcing dan business planning.
  • Seller juga boleh bekerja secara ‘one man show’ dan work smart. Kalau bercuti pun bisnes masih lagi beroperasi seperti biasa 24 jam tanpa ada pending order.

Buat Jualan Dengan Mudah – Cara Buat Duit Online Di Marketplace Ebay

3 cara buat duit online di marketplace eBay ialah buat kajian produk hot, buat listing produk kat eBay dan proses order selepas membuat jualan. Kunci kejayaan bisnes eBay ialah buat kajian produk hot atau yang ada permintaan tinggi. Semakin banyak kita buat listing produk yang ada permintaan tinggi, semakin tinggi peluang kita untuk buat jualan kat eBay.

Cara Buat Duit Online - Analisa Data

Dalam komuniti eBay Intelligence, mencari produk yang ada permintaan tinggi untuk dijual bukan lagi menjadi satu masalah. Kami menggunakan software Zik Analytic untuk buat kajian produk hot

Cara Buat Duit Online - Zik Analytic

Dalam blog mamabaryani.com, kami dah banyak kongsikan langkah demi langkah nak buat kajian produk hot guna software Zik Analaytic ni. Teknik kajian produk yang kami kongsikan di blog ni dan di kelas online Ebay Intelligence masih lagi relevan. Saya masih gunakan teknik yang sama berulang kali untuk buat jualan.

>>>Baca Artikel Cara Malas Cari Produk Hot Guna Software Zik Analytic<<

Selain menggunakan software untuk buat kajian produk hot, kami juga gunakan kriteria ‘High Deman & Low Risk’ (HDLR) dalam pemilihan produk untuk dijual di eBay. Melalui kriteria ni, seller eBay akan lebih bijak menganalisa competitor yang ada di pasaran eBay, produk yang laju terjual, produk yang tidak melanggar polisi eBay dan akses kepada supplier produk yang berkualiti dan dipercayai.

Cara Buat Duit Online - HDLR

Kesimpulan Cara Buat Duit Online Di Marketplace Ebay

Yang bezakan kita dengan orang lain adalah ilmu. Bila dah ada ilmu, yang bezakan kita dengan usahawan yang berjaya adalah tindakan. Semoga melalui artikel ni, pembaca dapat memahami gambaran keseluruhan cara buat duit online di marketplace eBay, persediaan, strategi dan potensi untuk jadikan bisnes jangka masa panjang.

Selain belajar dari Ebook, Tuan Zul mengadakan kelas online melalui Google Meet hampir setiap minggu! Tarikh kelas adalah berdasarkan pakej kelas online yang anda pilih. Jika anda berminat nak tahu lebih lajut berkaitan pakej kelas yang ada, klik pada link di bawah…

>>>Semak Tarikh Kelas Online Ebay Intelligence Academy<<<