Free Shipping Shopee Untuk Pembeli

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera wahai pembaca setia blog ni…Apa khabar anda semua? Saya doakan anda beroleh kesihatan yang berpanjangan di samping keluarga tercinta.

Sebelum ni, saya ada kongsikan satu artikel kepada anda tentang ‘Free Shipping Shopee Untuk Seller’, bagi yang dah lupa…boleh klik DI SINI ya. So, rasa tak adil pula jika seller je tahu pasal free shipping Shopee ni. Rasanya pembeli pun kena ambik tahu pasal free shipping Shopee ni. Kita kan semua rajin bershopping di Shopee. Memang patut pun kena ambik tahu tak kira kita ni seller ke atau pembeli…betul tak?

Seperti yang anda semua sedia maklum, Shopee memang ada menyediakan Free Shipping Shopee untuk para pembeli mereka.

Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan kos shipping anda dan pasti anda lebih seronok bershopping di Shopee kan…

Tapi ramai yang tidak tahu macam mana cara nak claim free shipping Shopee untuk pembeli ni semasa mereka membuat pembelian. Ada yang apabila nak buat pembayaran, tiada free shipping.

Ini adalah kerana anda tidak claim dulu voucher free shipping tu. Jadi, memang pihak Shopee akan caj la harga seperti harga biasa termasuk kos shipping.

So, perkara pertama yang wajib anda buat ialah claim terlebih dahulu free shipping di Shopee.

Walau bagaimanapun, bukan main sedap-sedap je boleh claim, ada 3 syarat yang wajib anda buat untuk dapatkan free shipping Shopee ni:

  1. Untuk gunakan free shipping, anda perlulah aktifkan Shopeepay dahulu di Shopee.
  2. Anda boleh gunakan free shipping untuk kedai Shopee yang mempunyai tag “ Free Shipping “. Kalau tiada, bermaksud seller ersebut tidak join program free shipping dengan Shopee.
  3. Anda perlu masukkan voucher yang disediakan oleh seller terlebih dahulu sebelum nak check out kerana voucher yang hendak anda gunakan itu bukan secara automatik akan keluar semasa check out.

Ada lagi, pembayaran semasa check out ini boleh dilihat pada tag tersebut. Sekiranya memerlukan Shopeepay, anda perlu aktifkan Shopeepay untuk buat bayaran.

Ada juga yang tidak memerlukan Shopeepay untuk dapatkan free shipping. So anda boleh gunakan online banking seperti biasa.

Cara Claim Voucher Free Shipping Shopee Untuk Pembeli

1. Masuk ke Apps Shopee.

2. Anda cari logo RM15 free shipping.

3. Anda boleh claim semua free shipping yang diberi.

.

free shipping shopee pembeli 4

4. Bila anda klik claim, voucher tersebut akan masuk ke My Voucher.

5. Anda perlu pastikan barang yang hendak dibeli itu mempunyai tag ” free shipping ” dan melebihi RM15 & RM 40 seperti di bawah ini. Terdapat juga free shipping untuk pembeli yang menggunakan kad kredit.

free shipping shopee pembeli 6

6. Akhir sekali, anda boleh masuk kepada barang yang hendak dibeli dan anda boleh guna voucher yang tertera.

Anda juga boleh semak semula semua voucher free shipping yang anda dah claim sebelum ini. Anda boleh pergi ke My Voucher. Di sini, anda boleh lihat juga berapa banyak voucher yang sudah anda claim dan di History boleh lihat berapa banyak voucher yang digunakan.

.

Mudah kan nak claim free shipping untuk pembeli…so tunggu apa lagi … buka apps Shopee sekarang dan tekan claim.

Selamat Bershopping…

Alang-alang anda bershopping tu, apa kata anda survey-survey produk yang boleh anda jual di pasaran luar negara. Income boleh sehingga 4 kali ganda kalau tahu caranya. Kalau nak tahu, klik kat bawah ni…meh sini saya cerita!!!

<<<Klik DI SINI>>>

Sekian, wassalam.