Produk Trend 2022 – Produk Dapur

0

Kali ni saya nak dedahkan pula kepada anda pembaca setia blog ni kepada produk trend 2022 – produk dapur ya! Sebenarnya ada banyak juga yang trending yang berkaitan dengan produk dapur ni. Tapi saya nak bagi yang betul-betul trending tau! Stay tune…

1. ‘Sweeping Machine’ / Penyapu

Macam tak percaya saja kan penyapu boleh jadi trending di platform e-dagang luar negara. Apa yang menarik tentang produk trending ini iaitu ‘sweeping machine’ (bukan penyapu biasa yang kita guna tu ye – sila lihat contoh gambar di bawah) ialah ia tidak memerlukan elektrik, tetapi boleh bertindak sebagai kombo penyapu dan dustpan. Ini adalah produk yang bagus untuk dijual di rumah, dapur atau di semua kedai.

Untuk memasarkan produk ini anda boleh menumpukan pada SEO dan iklan pemasaran video. Produk dapur, cenderung menunjukkan prestasi terbaik melalui carian di Goole. Anda boleh membina blog atau melaksanakan strategi SEO / iklan carian untuk menjana jualan.

Walau bagaimanapun, jika anda ingin menarik minat bakal pembeli, anda perlu membuat video yang menunjukkan cara produk itu digunakan. Gambar sahaja tidak menerangkan dengan tepat cara produk berfungsi sebaiknya menggunakan video.

2. ‘Reusable Bags’ / Beg Boleh Guna Semula

Apabila orang ramai menjadi lebih prihatin tentang pencemaran plastik di lautan, akan ada permintaan yang besar ke atas produk yang boleh diguna semula atau ‘reusable products’. Contohnya, penyedut minuman / straw yang boleh diguna semula semakin popular apabila lebih banyak negara mengharamkan penggunaan plastik.

Jadi, jika anda ingin membuka kedai mesra alam / ‘eco-friendly store’, ini adalah produk yang perlu anda pertimbangkan untuk dijual. Data Google Trends menunjukkan peningkatan yang stabil dalam carian ‘reusable bags’ menunjukkan bahawa ia boleh menjadi item yang menguntungkan untuk dijual pada tahun 2022.

Anda boleh memasarkan ‘reusable bags’ anda melalui Google Ads dan SEO. Anda juga boleh membuat ‘Google Shopping Ads’ untuk menjana jualan. Walau bagaimanapun, realitinya kebanyakan pelanggan anda mungkin akan mencari produk tersebut jika mereka berminat dengannya. Jadi mempunyai strategi SEO amatlah penting.

Anda juga boleh membuat kandungan blog mengenai topik mesra alam untuk mendorong trafik yang berkaitan untuk kedai anda. Dan anda boleh mengoptimumkan halaman produk anda untuk menarik pelanggan berbelanja pada item anda.

3. ‘Air Fryer’

Orang ramai menjadi lebih sedar tentang makanan yang mereka makan—dan cara mereka memasaknya. ‘Air fryer’ membolehkan tukang masak dari semua peringkat kemahiran menyediakan hidangan rangup dan panas tanpa lemak atau minyak tambahan.

Ia juga menjadi topik yang sangat hangat dalam talian, seperti yang dibuktikan oleh Google Trends.

‘Keyword’ seperti ‘air fryer’ amat dicari di Goole. Apa yang anda boleh buat ialah cuba buat satu blog yang mempunyai SEO (Search Engine Optimization) yang bagus dan target kepada pelanggan sasaran seperti golongan ibu-ibu bekerjaya, surirumah mahupun lelaki bujang untuk menggalakkan jualan dalam platform e-dagang yang berbeza.

Lakukan apa yang anda boleh untuk mencipta strategi pemasaran sama ada melalui Google Ads, Facebook dan saluran jualan lain.

4. ‘Tea Accessories’ / Aksesori Teh

Bunyi pelik kan? ‘Tea accessories’. Apakah ia? Teh adalah lebih popular daripada pasaran kopi dan merupakan minuman paling popular di seluruh dunia. Anda boleh membantu pelanggan yang mempunyai tabiat minum teh ini dengan alat unik atau alat hiasan, termasuk cerek, ‘infusers’ dan ‘muslin bags’.

Walaupun teh telah popular sejak beribu-ribu tahun, Google Trends menunjukkan bahawa permintaan dan minat kekal berterusan.

‘Tea accessories’ sangat sesuai dipasarkan dengan platform berasaskan imej seperti Instagram. Jangan lupa untuk menjadikan akaun media sosial anda boleh dibeli dan membenarkan pelanggan buat ‘check-out’ dengan hanya beberapa klik sahaja. Jika boleh, bekerjasama dengan ‘Influencer’ dalam industri teh dengan menggunakan mereka untuk menarik minat bakal pembeli anda.

Kesimpulan

Cukup dulu rasanya 3 produk trend 2022 – produk dapur ni ya! Lagi banyak lagi serabut. Sebenarnya nak buat jualan di persada antarabangsa ni tak susah. Sama juga mcm jual di Malaysia. Cuma anda kena target pada barang yang ada demand yang tinggi dan buat pasaran berdasarkan kepada target pelanggan dan yang pasti hasilnya 4x ganda kerana melibatkan matawang USD. Best ke tak best?

Jadi, tunggu apa lagi, usah teragak-agak lagi masukkan 3 jenis produk ni dalam kedai online eBay mahupun Amazon anda. Jika tak tau caranya, klik di bawah ni untuk maklumat lanjut!

.

<<<Cara Buka Kedai eBay @ Amazon>>>

.

Selamat Mencuba!