Produk Trend 2022 – Produk Teknologi

0

Jom kita lihat apa pula produk trend 2022 – produk teknologi ya! Macam biasa memang banyak, tapi saya dedahkan yang betul-betul trending je tau! Nak tahu rahsianya? Baca sampai abis ye!

1. ‘Phone Cases’ / Sarung Telefon

‘Phone cases’ / sarung telefon semakin popular sejak 2009, tanpa wujud sebarang tanda kepopularannya akan pudar. Produk ‘phone cases’ yang paling top ialah ‘silicone matte phone case’.

produk trend 2022 - produk teknologi phone cases

Produk trending seperti ini telah menerima ribuan tempahan. Perkara terbaik tentang sarung telefon ialah trend dan gaya baharu sentiasa muncul (terima kasih kepada pembuat telefon pintar yang kerap mengeluarkan telefon bimbit baharu, hehehe).

Di Google Trends, keyword seperti “phone case” dan “silicone phone case” menunjukkan pertumbuhan dalam volum carian. Jika anda sedang mencari trend yang stabil tetapi sentiasa berkembang, niche ‘phone cases’ sesuai untuk anda terokai sekarang.

Anda boleh buat promosi dengan cara buat iklan yang menampilkan sarung telefon di Facebook dan Instagram. Jika imej itu menarik perhatian, anda mungkin boleh mendorong pembelian secara pukal.

Anda juga boleh bekerjasama dengan ‘Influencer’ untuk mereka ‘review’ produk anda dan promosikan kepada follower mereka. Pasti ada jualan di situ.

2. ‘Phone Repair Kit’ / Kit Pembaikan Telefon

Dengan berjuta-juta iPhone digunakan di seluruh dunia, produk berkaitan telefon merupakan kategori produk yang popular. ‘Phone repair kit’ adalah salah satu item paling popular dalam kategori telefon.

produk trend 2022 - produk teknologi phone repair kit

Google Trends menunjukkan peningkatan dalam volum carian untuk “phone repair”.

Anda boleh membuat ‘content’ tentang cara membaiki telefon pintar dalam catatan blog dan menambah ‘Buy Button’ untuk produk dalam artikel. Ini dapat beri peluang kepada mereka untuk membelinya secara terus melalui blog anda.

3. ‘ Wireless Earbuds’ / Fon Telinga Wayarles

Setiap kedai online telah mencari peluang dalam ruang wayarles sejak pengenalan AirPods. Memandangkan tidak semua orang mempunyai bajet untuk membeli barangan premium, permintaan untuk ‘wireless earbuds’ alternatif semakin meningkat.

produk trend 2022 - produk teknologi wireless earbuds

Anda boleh bekerjasama dengan pembekal ‘earbuds’ yang mempunyai ‘review’ yang baik dan membuat ‘test order’ untuk menyemak hayat bateri dan kualiti bunyi.

Di Google Trends menunjukkan peningkatan dalam carian ‘wireless earphones’. Jadi, anda boleh mengharapkan untuk membuat keuntungan dalam tempoh yang singkat.

Terdapat beberapa cara anda boleh memasarkan produk trending ini. Contohnya, anda boleh bekerjasama dengan ‘fitness Influencer’ yang menunjukkan betapa mudahnya mendengar muzik dengan menggunakan ‘earbuds’ anda. Anda juga boleh menyiarkan iklan video 15 saat di Instagram dan Facebook, memberikan gambaran sekilas tentang ciri produk.

4. ‘VR Accessories’ / Aksesori VR

Kebangkitan ‘virtual reality’ telah mencipta pasaran $22 bilion dalam beberapa dekad sahaja. Dengan peningkatan 54% dalam unit yang telah dijual pada tahun 2022, jualan diunjurkan mencecah hampir 43 juta peranti yang dihantar menjelang 2024. Industri ini berkembang, dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 44.8%, termasuk semua ‘associated headsets’, ‘charging gear’, dan ‘hand tools’.

produk trend 2022 - produk teknologi VR accessories

Pasaran aksesori VR yang sedang berkembang pesat mempunyai banyak potensi. Anda mungkin boleh menjual produk anda dengan lebih baik dengan bantuan beberapa personaliti atau Influencer dalam talian. Anda juga boleh buat promosi atau iklan pendek, atau mempamerkan aksesori VR anda pada kamera.

Kesimpulan

Cukup dulu 3 produk trend 2022 – produk teknologi ni. InsyaAllah kalau ada lagi yang trending saya akan kongsi lagi dengan anda di artikel akan datang.

Semoga anda memperolehi manfaat daripada perkongsian ini ya! Kalau tak tahu nak jual produk-produk ni kat mana, klik kat bawah ni. Ada langkah demi langkah disediakan sehingga anda mampu buat jualan.

.

<<<Langkah Demi Langkah Jual Produk Online>>>

.

Selamat Mencuba!