Produk Trend 2022 – Produk Haiwan Peliharaan

0

Bertemu kita lagi ya….Alhamdulilah…Tahukah anda apa produk trend 2022 – produk haiwan peliharaan? Kalau nak tahu, jom baca sampai abis ya!

Ada banyak produk trend 2022 produk haiwan peliharaan ni, tapi yang 2 produk ni paling trending di semua platform e-dagang antarabangsa terutama di eBay dan Amazon.

Berikut saya senaraikan untuk anda ya!

1. ‘PrettyLitter’ / Pasir Kucing

produk trend 2022 produk haiwan peliharaan 1

Terdapat 370 juta kucing peliharaan di seluruh dunia, dengan rakyat Amerika sahaja membelanjakan $109.6 bilion untuk kucing mereka. Industri ini terus berkembang dengan mantap, dengan peningkatan dalam permintaan untuk produk kucing—termasuk ‘PrettyLitter’ atau pasir untuk kucing membuang najis untuk. Bahan ini mampu menutupi bau busuk najis kucing di dalam rumah.

Cuba anda lihat peningkatan carian di Google Trends:

Anda boleh menggunakan khidmat Influencer di Instagram ataupun buat content di dalam blog tentang haiwan peliharaan. Sambil-sambil tu boleh promosikan sekali produk ‘prettylitter’ ni. Pasti akan ada yang akan buat tempahan. Jangan lupa untuk memilih pasaran sasaran yang khusus kepada yang memiliki kucing. Lebih mudah jika ada target ni!

Pengiklanan amat penting dalam menjual ‘PrettyLitter’ secara online. Anda mungkin mahu menyediakan ‘Google Shopping Ads’ untuk memastikan produk anda dilihat dengan carian ‘keywords’

2. ‘Dog Bed’ / Katil Anjing


Anjing sekarang ni dah tak tidor sama-sama dengan tuan dah. Tuan anjing akan membeli ‘dog bed’ atau katil anjing yang empuk dan selesa untuk anjing mereka.

Carian untuk ‘dog bed’ telah melonjak baru-baru ini selepas disokong oleh pertumbuhan yang stabil selama bertahun-tahun.

Perabot untuk haiwan peliharaan dijangka akan menjadi industri bernilai $3 bilion menjelang 2025, hasil daripada trend baharu seperti ‘dog bed’ berbentuk donat atau ortopedik.

Ramai penjual online yang menjual ‘dog bed’, namun tak ramai yang ‘niche’ kan ‘dog bed’ kepada rekabentuk yang unik. Jadi, anda cuba isi ruang yang masih belum diterokai dan buat iklan yang memenuhi keperluan ini. Iklan yang berkaitan haiwan peliharaan meningkatkan tontonan sebanyak lebih daripada 1,600%.

Katil haiwan peliharaan, secara semula jadi, adalah produk yang sangat visual. Upah beberapa model haiwan kesayangan untuk mendapatkan gambar yang menarik, atau bekerjasama dengan pemilik haiwan kesayangan untuk membuat ‘content’ di media sosial.

Kesimpulan

Ok, cukup dulu 2 produk trend 2022 – produk haiwan peliharaan ni ya! Banyak-banyak nanti pening pulak kepala anda nak cari produk tu kan! Cuba dulu masukkan 2 produk ni ke dalam kedai eBay mahupun Amazon anda.

JIka belum ada kedai eBay mahupun Amazon, klik kat bawah ni, ada Sifu hebat ni yang memang pakar dalam bidang ni! Jangan lupa klik ya!

.

<<<Sifu Hebat Pasal eBay & Amazon>>>

.

Selamat Mencuba!