Produk Trend 2022 – Produk Kanak-Kanak

0

Baiklah, rasanya dah tiba masanya saya memperkenalkan 2 jenis produk trend 2022 – produk kanak-kanak iaitu ‘Stuffed Toys’ dan juga ‘Baby Dolls’.

Memang laku keras di jual di platform antarabangsa seperti di eBay, Amazon dan seumpamanya. Jangan lupa tau masukkan dalam ‘listing’ kedai online anda ya! Pasti hasilnya tidak mengecewakan!

1. ‘Stuffed Toys’ / ‘Plush Toys’

Sama ada hadiah untuk bayi yang baru lahir atau hadiah untuk diri sendiri, ‘stuffed toys’ / ‘plush toys’ sentiasa menjadi pilihan ibu bapa di luar negara untuk bayi dan anak-anak mereka. Kalau diperhatikan gambar di bawah ni, nampak comel je kan mainan ni. Patutlah mendapat permintaan yang tinggi! Bukan untuk anak-anak je, ibu bapa pun rasa geram je nak peluk kan!

produk trend 2022 produk kanak-kanak 1

Menurut Vice, 7% orang dewasa tidur dengan ‘stuffed toys’. Jadi, jika anda tidak mahu mengejar niche kanak-kanak, anda juga boleh target kan pasaran kepada golongan dewasa. Pasti ada yang membelinya!

Anda juga boleh menjual produk popular seperti patung Batman atau Doctor Strange. Produk seperti ini membawa puluhan ribu jualan untuk kedai e-dagang, terutamanya semasa cuti musim sejuk.

Cuba liha di Google Trends, carian untuk ‘plush toy’ sentiasa meningkat dari masa ke semasa.

Anda boleh memasarkan ‘stuffed toys’ dalam beberapa cara. Banyak kedai online kanak-kanak bermula dengan Instagram, tetapi anda juga boleh memasarkannya di Facebook, TikTok dan Pinterest. Ia juga bagus untuk bekerjasama dengan ‘Influencer’ yang suka mempromosikan produk yang menarik perhatian seperti ‘stuffed toys’, ‘plush toys’, ‘inflatable toys’ dan sebagainya dalam ‘posting’ mereka.

Pilihan lain ialah menyiarkan iklan media sosial yang mempromosikan produk ini. Jika anda menjual ‘animal plush toys’, anda boleh memasarkan kepada peminat haiwan tersebut di ‘page’ mereka di media sosial.

Golongan dewasa lebih berkemungkinan membeli ‘plush toys’ untuk diri mereka sendiri dan anak-anak mereka, menjadikan mereka pelanggan sasaran yang tepat sekali.

2. ‘Baby Dolls’

Walaupun kebanyakan ibu bapa merasakan anak-anak hanya tertarik kepada telefon dan iPad, anak patung atau ‘baby dolls’ menjadi semakin popular semula. Anda boleh dropship ‘baby dolls’ melalui AliExpress. Anda juga boleh menjual pakaian bayi yang comel untuk anak patung tersebut dengan harga yang berpatutan.

produk trend 2022 produk kanak-kanak 3

Memandangkan mainan kanak-kanak seperti anak patung paling popular pada musim cuti, ini adalah cara yang bagus untuk mempromosikan di dalam kedai online anda sepanjang musim cuti tersebut.

Google Trends mencatatkan peningkatan dalam trafik carian pada bulan November dan Disember untuk ‘reborn dolls’ itu. Tetapi anda boleh mula buat ‘listing’ lebih awal supaya anda boleh menikmati jualan yang kukuh beberapa bulan dari sekarang.

Anda boleh bekerjasama dengan blogger ibu untuk menampilkan produk anda pada panduan hadiah percutian mereka, dalam ‘posting’ atau pada halaman ‘product review’. Menjalankan iklan di Google dan Facebook juga mungkin boleh menghasilkan jualan jika anda menyasarkan kepada pelanggan yang betul (ibu bapa tunggal, pasangan yang baru berkahwin, wanita bekerja, dan sebagainya).

Kesimpulan

2 je produk trend 2022 – produk kanak-kanak ni pun dah mampu beri keuntungan yang lumayan sekiranya anda berusaha untuk memastikan ia berada di dalam kedai eBay mahupun Amazon anda! Masa sekarang ni di Q4 amat sesuai untuk anda mula ‘listing’ produk-produk yang boleh dijadikan hadiah untuk Hari Krismas nanti.

Namun, jika anda tak tahu bagaimana nak bermula, jom kita belajar dulu dengan ‘cikgu’ kat bawah ni ye. Dengar kata dia ni pemegang PhD…bergelar Dr la kan…apa kata anda kenali beliau terlebih dahulu di link kat bawah ni!

.

<<<‘Cikgu’ Bergelar ‘Dr’ Phd Ajar Ilmu eBay & Amazon>>>

.

Selamat Mencuba!