Produk Trend 2022 – Produk Rambut

0

Jom hari ni saya nak dedahkan kepada anda beberapa produk trend 2022 – produk rambut yang mungkin bagi sesetengah daripada anda menganggap ianya tak laku dan hanya memperolehi keuntungan yang kecil, tapi tahukah anda produk rambut adalah antara trend tertinggi yang dicari di pasaran online terutamanya di pasaran antarabangsa?

Saya akan senaraikan 5 jenis produk rambut yang menjadi trend terkini di tahun 2022:-

1. ‘Laser Hair Removal’

Membuang bulu-bulu di badan ni kadang-kadang menjadi masalah pada sesetengah orang. Jika mereka bercukur, ia tumbuh semula dalam beberapa hari. Jika mereka wax, ia akan muncul semula dalam masa sebulan. Justeru itu, ramai pelanggan mencari produk ‘laser hair removal’ bagi menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Menurut Google Trends, carian untuk ‘hair removal’ sentiasa meningkat. Ini adalah salah satu produk terkini yang dicari dalam masa terdekat.

Untuk memasarkan produk ini, anda boleh membina kedai online e-dagang seperti di eBay atau Amazon dan boleh ‘listing’ produk yang berkaitan dengan ‘hair removal’ ini.

Anda boleh buat iklan video untuk menunjukkan cara produk anda menyelesaikan masalah. Atau hubungi influencer Instagram dan minta mereka mempromosikan produk anda untuk anda. Sebaik-baiknya, lakukan kedua-duanya.

2. ‘Head Scarfs’ / Tudung

Sejak beberapa bulan lalu, saya telah melihat kategori untuk ‘head scarf’ (tudung) muncul di laman web fesyen popular seperti ASOS.

Produk ini menjadi paling popular pada bulan-bulan di musim panas kerana ramai wanita yang ingin melindungi rambut mereka. Walau bagaimanapun, ia telah menjadi trend yang melonjak selama beberapa tahun kebelakangan ini.

Anda mesti memastikan produk trending ini ada di kedai online anda. Anda boleh mencipta keseluruhan koleksi gaya yang berbeza di kedai online fesyen atau aksesori wanita anda.

Anda boleh mempromosikan tudung dalam beberapa cara.

Jika anda memiliki kedai online aksesori rambut, anda boleh membuat siaran video atau blog visual yang menunjukkan cara yang berbeza untuk memakai tudung, jadi orang ramai membeli produk anda untuk mendapatkan rupa yang sama. Atau anda boleh menyiarkan iklan di Facebook untuk mendapatkan maklumat tentang tudung anda.

Anda juga boleh menghubungi influencer untuk mengambil foto dengan tudung anda dan berkongsinya dengan khalayak mereka dengan tag kembali ke halaman anda. Menggunakan hashtag juga boleh meningkatkan kewujudan kedai anda dan memaparkan tudung anda di hadapan khalayak ramai.

3. ‘Detangling Hair Brushes’ / Sikat Rambut

Produk ini mampu mengurangkan tekanan yang dikenakan pada kedua-dua kulit kepala dan rambut, dan ini dapat membantu mencegah keguguran rambut.

Produk ini mula memuncak cariannya pada Januari 2021, dan selepas sedikit penurunan beberapa bulan yang lalu, volum carian mula berkembang semula sekarang ini.

Anda boleh bekerjasama dengan influencer untuk merakam video mereka menggunakan produk ini yang mampu menyelesaikan masalah kusut rambut dan kemudiannya boleh anda gunakan untuk kempen anda.

Ini akan membantu pelanggan memahami bahawa ini bukan sekadar sikat rambut biasa tetapi berus rambut yang mempunyai fungsi yang berbeza—dengan itu, menjadikan pelanggan lebih cenderung untuk membeli.

4. ‘Hair Wigs’ / Rambut Palsu

Sesetengah wanita mengidamkan rambut yang lebih panjang tetapi sukar untuk menjaganya. Jadi, sambungan rambut dan rambut palsu menjadi salah satu produk paling popular untuk dijual dalam talian.

Jika anda melihat jumlah pesanan untuk rambut palsu dan sambungan rambut, ramai pembekal dropship produk ini telah menerima beribu-ribu pesanan.

Google Trends menunjukkan bahawa terdapat semakin banyak carian untuk ‘hair wig’.

Anda boleh memasarkan produk ini melalui video YouTube, di mana anda boleh buat tutorial cara menggayakan rambut palsu.

5. Aksesori Rambut / ‘Barrettes’

Aksesori rambut, sepit dan seumpamanya atau dikenali dengan nama ‘Barrettes’ masih diminati di kalangan peminat fesyen. Sebagai meniru ikon fesyen seperti Ariana Grande dan Kendall Jenner yang mengambil trend tahun 90-an dan menggayakan rambut mereka untuk ‘red carpet’, menjadikan ‘Barrettes’ sentiasa digilai dan dicari.

produk trend 2022 produk rambut 2

Data Google Trends menunjukkan bahawa carian ‘Barrettes’ telah meningkat dalam beberapa tahun yang lalu.

Anda boleh mempromosikan produk ini melalui Influencer. Memandangkan produk ini tidak mempunyai berat dan kos yang tinggi, mudah bagi anda untuk memberi sampel kepada Influencer. Influencer kemudiannya akan menyemak produk anda dan berkongsi dengan ‘follower’ mereka.

Kesimpulan

Ok cukup dulu 5 jenis produk trend 2022 – produk rambut yang saya dedahkan untuk pengetahuan anda. Tunggu apa lagi, cari supplier untuk produk-produk ini dan mula jual di kedai online anda!

Jika anda masih belum ada kedai online, apa kata anda klik di bawah ni, InsyaAllah anda akan nampak jalannya!

.

<<<Cara Bina Kedai Online Anda di Pasaran Antarabangsa>>>

.

Selamat Mencuba!