Produk Trend 2022 – Pakaian Wanita

0

Kali ni saya nak dedahkan pula produk trend 2022 – pakaian wanita. Ada 3 jenis pakaian wanita yang memang menjadi kegilaan pelanggan dan data carian di Google Trends sentiasa menunjukkan peningkatan.

1. ‘Straight-leg jeans’ 

Pada musim bunga dan musim panas 2022, anda akan melihat peningkatan dalam carian untuk produk ini, kerana ia amat popular untuk digayakan sepanjang musim bunga dan musim panas.

Menurut Google Trends, produk trend ini masih dalam trend menaik dan permintaannya semakin meningkat dalam beberapa musim akan datang, jadi pastikan anda mengambil kesempatan!

Apabila memasarkan produk denim, anda perlu menggunakan pendekatan yang serupa dengan yang digunakan untuk barangan fesyen lain. Ini bermakna iklan Facebook, pemasaran influencer, menyiarkan di media sosial, dan anda juga boleh mencuba Pinterest.

2. ‘Swimsuits’

Walaupun Google Trends menunjukkan penurunan populariti ‘swimsuits’, gaya tertentu contohnya, seluar bikini berpinggang tinggi menjadi popular di kalangan wanita milenium. Menjual produk ‘swimsuits’ ini boleh menjadi idea yang baik, kerana ia mungkin mampu membawa pelanggan ke kedai online anda.

Pemasaran influencer adalah salah satu cara terbaik untuk mempromosikan ‘swimsuits’ anda. Dengan bantuan Influencer, anda boleh mendapatkan gambar ‘swimsuits’ yang boleh anda gunakan semula untuk iklan dan tujuan pemasaran lain. Selain itu, Influencer boleh berkongsi posting tentang ‘swimsuits’ anda dengan ‘follower’ mereka dan ini mampu menghasilkan beberapa jualan.

Jangan teragak-agak untuk memasarkan produk trending ini di iklan Facebook dan Instagram untuk mendapatkan jualan dengan lebih pantas.

3. ‘Athleisure’ / Pakaian Sukan

‘Athleisure’ telah muncul dalam senarai ‘trending-things’ selama beberapa tahun kebelakangan ini. Daripada bra sukan hingga legging, pakaian yang selesa yang boleh anda pakai untuk berehat di rumah atau bersenam di gim terdapat dalam carian kebanyakan orang pada tahun 2022.

Data menunjukkan pertumbuhan carian yang kukuh untuk “athleisure”. Maka, tidak hairanlah jika peniaga online menambahkan pakaian jenis ini ke kedai online mereka.

produk trend 2022 pakaian wanita 2

Anda boleh bekerjasama dengan influencer yang sepadan dengan penampilan yang anda mahukan dan juga yang mempunyai ‘follower’ yang ramai. Menjalankan iklan Instagram boleh membantu anda menarik pelanggan dan menarik mereka untuk membeli.

Kesimpulan

Cukup dulu 3 jenis produk trend 2022 – pakaian wanita yang saya kongsi dengan anda ni ya! Kalau banyak sangat pun tak terpulun anda nak cari supplier untuk memulakan jualan kan. Mulakan satu persatu dulu dan lihat hasilnya. Sekiranya berbaloi, boleh la tambah lagi produk yang lain.

Namun, jika anda masih baru tentang jualan produk trend 2022 pakaian wanita ni, dan masih terpinga-pinga tak tahu nak mula macam mana, saya cadangkan anda berguru dengan ‘cikgu’ kat bawah ni! Bukan sebarang cikgu tau, cikgu pemegang PhD, dah bergelar ‘Dr’! Nak kenali beliau tak? Kalau nak, jangan lupa klik link di bawah ni:-

,

<<<Kenali ‘Cikgu’ Bisnes Online Yang Bergelar ‘Dr’>>>

.

Selamat Mencuba!