10 Tips Berjaya di Amazon.com

0

Bertemu kita sekali lagi ya…Alhamdulilah. Hari ni saya nak kongsi dengan anda 10 tips berjaya di Amazon.com.

Stay tune!

Bukan senang nak berjaya jual produk di persada antarabangsa…banyak onak dan duri. Tapi usah risau, jom saya senaraikan 10 tips terbaik yang boleh anda gunakan untuk berjaya di Amazon.com:-

tips berjaya di amazon

1. Menyediakan Data Produk Yang Tepat

Gunakan pengecam standard unik (UPC/EAN/ISBN) semasa membuat atau memadankan halaman butiran produk.
Pastikan penerangan produk anda jelas dan membantu pembeli.

Adalah amat penting pembeli mengetahui tentang data produk anda dengan tepat seperti yang diterangkan pada halaman butiran semasa anda buat ‘listing’ produk anda.

2. Semak Order Setiap Hari

Untuk membuat penghantaran dengan cepat anda perlu mengetahui tentang order juga dengan segera. Jika anda telah mendaftar untuk ‘order notifications’, pihak Amazon akan menghantar e-mel kepada anda apabila anda mempunyai jualan, tetapi e-mel kadang kala tidak boleh dipercayai dan boleh terjerat dengan ‘scam filters’.

Saya mengesyorkan agar anda menyemak order setiap hari di ‘Seller Central’. Di bawah link ‘ORDER’, anda boleh
lihat senarai order dan sediakan laporan order automatik.

3. Sahkan Apabila Anda Membuat Penghantaran

Amazon akan caj kad kredit pembeli hanya selepas penghantaran DISAHKAN. Sebaik sahaja order dibuat, anda
bertanggungjawab untuk mengesahkan penghantaran dalam masa yang anda tentukan dalam tetapan penghantaran anda. (Biasanya ialah 2 hari waktu bekerja.)

Anda boleh klik pada link ‘ORDER’, klik ‘CONFIRM SHIPMENT’.

4. Semak Inventori Anda Dengan Kerap

Pantau kuantiti inventori yang anda ada dalam stok, terutamanya jika anda menjual dalam banyak channel. Pelanggan yang menghantar order untuk produk yang tiada dalam stok berkemungkinan meninggalkan maklumbalas negatif.

Jika anda menghadapi situasi ini, langkah terbaik ialah memaklumkan pembeli dengan cepat dan, jika perlu, anda boleh menawarkan untuk membayar pampasan atas masalah mereka.

5. Pastikan Harga Tepat Pada Setiap Masa

‘The More Buying Choices page’ memaparkan item harga terendah dahulu. Pembeli Amazon sentiasa mencari tawaran terbaik dan lebih cenderung untuk membeli item yang muncul di bahagian atas.

Jadi, gunakan peluang ini untuk mendapat tempat di mata pelanggan anda!

6. Pastikan Anda Selaraskan Polisi ‘Shipping & Fulfillment’

Cara terbaik untuk mengelakkan pembeli kecewa adalah dengan memberitahu mereka dengan jelas bagaimana proses penghantaran order dilakukan, kekerapan penghantaran, syarikat courier yang digunakan dan cara untuk menghubungi anda jika terdapat masalah penghantaran.

Pembeli akan kecewa jika barang mereka sampai lewat atau barang tersebut rosak. Ini boleh membawa kepada maklumbalas negatif, bayaran balik, atau tuntutan Jaminan A-to-Z, yang kesemuanya membawa akibat negatif untuk akaun anda.

7. Boleh Diakses Oleh Pelanggan

Tiada yang lebih mengecewakan apabila pembeli tidak mengetahui status order mereka. Balas dengan cepat dengan cara menghubungi pembeli dan memberitahu mereka apabila penghantaran order mereka telah dilakukan ataupun ditangguhkan.

Mudahkan pelanggan tahu bagaimana untuk menghubungi anda supaya mereka percaya bahawa anda akan menjadikan pengalaman membeli-belah mereka di kedai anda berjalan lancar.

8. Bina Penilaian Maklumbalas Yang Baik

Pelanggan memberi perhatian kepada maklumbalas, dan Amazon juga sentiasa memantau prestasi anda.

Kunci kepada maklum balas yang baik adalah menerangkan item anda dengan tepat, menyampaikan item kepada pembeli dengan cepat, dan cepat dalam menjawab soalan pembeli.

9. Mengendalikan Pemulangan & Bayaran Balik Dengan Baik

Tiada siapa yang berharap untuk mengambil pulangan dan membuat bayaran balik, tetapi ia adalah sebahagian daripada penjualan dan keperluan
proses jualan Amazon.

Mengambil pulangan dengan baik boleh membawa kepada maklumbalas yang lebih baik tentang perkhidmatan pelanggan anda.

Anda dikehendaki mengambil pemulangan kebanyakan item sehingga 30 hari selepas penghantaran dan polisi anda mesti sekurang-kurangnya sama baiknya dengan polisi semasa Amazon (untuk maklumat lanjut lihat Seller Agreement anda).

10. Anda Perlu Tahu Di Mana Hendak Mencari Jawapan

Luangkan masa untuk memeriksa dan memahami semua perkara di Seller Central serta perjanjian undang-undang anda dan polisi Amazon.

Jika anda mempunyai soalan, tempat yang baik untuk bermula ialah di link ‘HELP’ di penjuru kanan sebelah atas mana-mana ‘Seller Central page’. Klik je untuk tanya kemusykilan anda.

.

Kesimpulan

Alhamdulilah….selesai sudah 10 tips berjaya di Amazon.com. Sebenarnya ada banyak lagi nak saya kongsikan. Tapi cukup 10 dulu untuk hari ni ye…InsyaAllah, saya akan kongsikan lagi di artikel akan datang ya!

.

<<<Nak Lebih Berjaya di Amazon, Jom Baca Ni>>>

.

Selamat Mencuba!