Cara Main Saham : Panduan Ringkas Untuk Newbie

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…Terima kasih saya ucapkan kepada anda kerana masih setia di blog ni. Kali ni saya nak cerita pasal saham ye….Nak tahu tak? Jom baca sampai habis ya!

Sejak akhir-akhir ini, ramai yang mula berjinak-jinak dengan saham. Alhamdulillah. Ini adalah satu perkembangan yang sangat positif dan dapat merancakkan lagi industri ekonomi di Malaysia.

Namun, terdapat beberapa teori berkaitan mereka yang baru menceburi dalam bidang saham ni antaranya ialah teori 90. Teorinya ialah “90% orang akan rugi sebanyak 90% daripada modal yang dilaburkan dalam masa 90 hari”.

Ini sangat membimbangkan kerana berdasarkan teori ini, hampir kesemua pelabur tidak mampu untuk membuat untung dalam dunia saham atau bahasa mudahnya, gagal dalam pasaran saham.

Kesimpulan mudah yang boleh dibuat daripada teori 90 ini ialah, ramai yang terjun ke bidang saham ini tanpa persediaan dan pengetahuan yang betul tentang saham.

Cara Main Saham

Untuk anda yang ingin berjinak-jinak dengan saham, semestinya banyak benda perlu anda cari dan belajar. Jadi, bagi memudahkan anda, saya ringkaskan cara main saham khas untuk newbie atau orang baru.

cara main saham

1. Cari Broker Saham

Anda boleh semak senarai broker saham di laman web Bursa Malaysia. Untuk orang Muslim, anda boleh ambil dengan broker yang patuh syariah. Berikut adalah senarai broker yang patuh syariah: 

  • Affin Hwang Investment Bank Berhad 
  • AmInvestment Bank Berhad 
  • BIMB Securities Sdn Bhd 
  • CGS-CIMB Securities Sdn Bhd 
  • Hong Leong Investment Bank 
  • Inter-Pacific Securities Sdn Bhd 
  • Kenanga Investment Bank Berhad 
  • Malacca Securities Sdn Bhd 
  • Maybank Investment Bank Berhad
  • MIDF Amanah Investment Bank Berhad 
  • Public Investment Bank Berhad 
  • RHB Investment Bank Berhad 
  • TA Securities Holdings Berhad
  • UOB Kay Hian Securities Sdn Bhd
  • KAF Equities Sdn Bhd 

Selain patuh syariah, ciri lain anda boleh pilih adalah broker yang boleh trade saham secara online dan juga yuran yang dikenakan adalah rendah.

Ramai pelabur saham memilih broker yang mengenakan yuran paling rendah iaitu Malacca Securities Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Mplus. Dan ada juga yang memilih broker Maybank Investment Bank Berhad. Semua bergantung kepada anda dalam membuat pilihan broker yang tepat.

2. Buka Akaun CDS

Sudah tahu broker mana yang berkenan, anda boleh teruskan dengan membuka akaun CDS. Mplus boleh daftar online di laman web mereka. Daftar CDS dengan Mplus. Proses daftar boleh rujuk di laman web tersebut.

Untuk Maybank Investment, boleh daftar di Dataran Maybank KL. Dokumen yang perlu bawa adalah:

  • Salinan IC
  • Slip Gaji Terkini / Bank Statement
  • Duit RM10

Kebiasaannya, proses pengesahan dan pembukaan akaun mengambil masa seminggu. Kadang-kadang boleh siap awal.

Bila sudah siap, biasanya remiser akan ajar serba sedikit untuk lakukan jual beli saham. 

3. Modal Main Saham

Modal Fasa 1:

Bermodalkan RM100, anda boleh cuba-cuba dulu. Macam sesi suai kenal dengan saham sahaja. Tahu cara jual dan beli saham.

Contohnya, cari harga saham 50 sen seunit. Jadi kos beli saham secara kasar adalah RM50 sahaja. Jumlah keseluruhan termasuk kos sampingan adalah RM63.74 sahaja. 

Sampai satu tahap, anda terus jual saham tersebut sekadar untuk proses pembelajaran tentang jual saham.

Modal Fasa 2:

Modal main saham minimum paling terbaik adalah mengikut jumlah kadar minimum yuran broker yang dikenakan.

Contohnya, Maybank Investment, yuran broker adalah 0.042% atau minimum RM12. Jadi modal terbaik untuk labur saham RM3000.

Kenapa RM3000, bukan RM1000? sebabnya, kalau korang labur RM1000 pun tetap kena bayar yuran broker sebanyak RM12. Orang kata alang-alang nak melabur, gunakanlah sepenuhnya. 

Modal Fasa 3:

Bila sudah yakin, tambahlah modal yang diinginkan. 

Kesimpulan Modal Saham

Untuk yang newbie dalam saham, anda boleh download apps iKira. Google Play @ Appstore .

Apps ini memang mudah untuk anda buat anggaran modal mengikut harga seunit saham. Dari apps tersebut juga anda boleh tengok anggaran keuntungan bersih.

4. Kos Sampingan Saham

  • Bayaran Broker (Brokerage Fee) – Kalau Maybank caj 0.042% atau minimum RM12. Boleh semak yang lain-lain.
  • Bayaran Perlepasan (Clearing Fee) – Caj yang dikenakan oleh Bursa
  • Cukai Kerajaan (Gov Tax) – Cukai semasa 6%
  • Duti Setem – Caj dikenakan adalah RM1 setiap RM1000 pelaburan. Maksimum RM200 sahaja.

Nota: Guna apps iKira untuk mudah. Google Play @ Appstore

5. Analisa & Teknikal Saham

Ini terpulang kepada cara masing-masing. Anda boleh tengok analisa saham di web Bursamarketplace. Prestasi syarikat yang anda nak beli pun perlu tengok juga. Jika perlu belajar, cari mentor atau masuk kelas berbayar yang mengajar anda cara main saham dengan lebih tepat dan selamat.

.

Amacam anda semua…dah nampak jelas sikit kan macam mana cara main saham ni kan…

Itulah serba sedikit panduan ringkas yang saya kongsikan khas untuk newbie. Apa yang saya kongsikan di atas ni hanya ilmu asas untuk mula main saham. Banyak lagi ilmu-ilmu lain yang perlu anda explore bagi membolehkan anda lebih yakin untuk memasuki pasaran saham. Memang nampak BEST je tengok orang kaya dengan saham ni! Kalau anda nak jadi seperti mereka, anda perlu mula dari sekarang mencari ilmu saham.

Dan perlu saya ingatkan main saham ni amat berisiko. Tak kena gayanya melopong anda…kalau kena gayanya..bergaya sakan la anda. So hati-hati ye…pastikan ilmu penuh di dada sebelum memasuki pasaran saham ni ye.

Tapi, kalau anda takut-takut untuk main saham ni kerana sangat berisiko, jom saya kongsikan sedikit dengan anda cara bisnes di satu platform ecommerce ni di mana anda tak perlu pun risau dengan risiko duit anda lebur. Malah ia boleh dilakukan tanpa modal. Nak tahu tak? Kalau nak tahu, jom baca selanjutnya…

Apa itu eBay?

Jom saya share sikit apa itu eBay!

eBay ni dah lama, ianya telah ditubuhkan pada tahun 1995. eBay adalah pasaran e-commerce yang menjual secara fixed price dan auction. Empat market utama eBay adalah pasaran USA, Canada, Australia, dan UK.

Pasaran utama eBay adalah market USA. Mengikut statistik Q4 2019 pembeli yang aktif di eBay USA adalah sebanyak 183 Juta!

Dan trend ini nampaknya tidak akan ada penurunan, saban tahun jumlah pembeli yang aktif di eBay akan semakin meningkat.

Kalau di Malaysia, anda beli barang secara online biasanya adalah melalui website Shopee atau Lzzada, di USA kebanyakkan orang di sana akan beli secara online di Amazon ataupun di eBay.

Senang kata, eBay ni macam Shopee la. Fungsinya adalah untuk orang beli barang keperluan secara online. Jom kita tengok info grafik di bawah perbezaan dan potensi menjual di eBay berbanding Shopee untuk lebih mudah faham.

Ok sekarang anda dah jelas ye apa itu eBay dan betapa besarnya peluang perniagaan jika anda berniaga di eBay?

Jika anda berniaga di eBay ibaratnya seperti anda mendapat hasil jualan 4 kali ganda kerana pendapatan anda adalah dalam matawang USD. Bukan lagi dalam Ringgit Malaysia.

So, “cost of living” anda adalah hidup di Malaysia, tapi pendapatan anda adalah seperti anda bekerja di Amerika Syarikat.

Apa itu ebay TRS?

eBay TRS untuk lebih mudah faham adalah kategori eBay seller VVIP yang sentiasa mendapat layanan seperti anak emas!

Malahan, eBay akan memberi pelindungan kepada anda jika ada sebarang “fraud buyer activity”. eBay juga akan “drive traffic” ke eBay store anda untuk pastikan anda sentiasa membuat jualan yang konsisten setiap bulan.

Sebab itu anda perlu belajar macam mana nak jadi ebay TRS!

Kenapa Anda Perlu Buat Bisnes eBay?

  • Tak perlu pandai buat ayat copywriting
  • Tak perlu belajar cara buat website dan sistem order
  • Tak perlu buat iklan facebook Ads dan post di group facebook
  • Tak perlu tahu kemahiran menggunakan pemasaran emel
  • Tak perlu belajar skill tarik traffic ke web jualan

Apa Yang Anda Perlu Tahu?

  • Cara handle akaun eBay yang selamat
  • Teknik research barang yang demand
  • Cara sebenar buat listing di eBay
  • Proses order barang yang dah terjual

Serahkan urusan pemasaran dan traffic sepenuhnya kat eBay. Anda cuma perlu fokus perkara basic cara handle akaun eBay dengan selamat, research, listing dan proses order sahaja.

Cara Bisnes di eBay

Kaedah Pertama:

Anda boleh belajar sendiri dengan cara baca di forum, google info berkaitan dengan cara nak jual barang di eBay, tengok YouTube Channel ni pun ada dikongsikan banyak video tentang eBay yang percuma dan berexperimen dengan segala apa yang anda dah pelajari. Tak salah dan takde sape nak marah kalau anda buat gitu.

Tetapi kecenderungan untuk gagal dan giveup lebih tinggi apabila anda tiada guru untuk anda jadikan sebagai rujukan dan tempat bertanya.

Kaedah kedua:

Anda belajar terus daripada orang yang dah pernah melalui jalan yang anda nak lalu. Rujuk terus dan ikut shortcut cara paling selamat untuk kurangkan masalah akaun kena suspend dan barang tak terjual di eBay. 

Dan berkumpul berniaga secara berjemaah dalam kumpulan yang mempunyai objektif yang sama untuk berniaga di eBay. Ini menjadikan semangat anda sentiasa berkobar-kobar bila rakan seperjuangan anda berjaya hasilkan jualan!

Bila ada masalah pun anda tak kan lagi terkapai-kapai sebab ada tempat untuk berbincang dan meluahkan perasaan.

So, kalau nak join group dan belajar dengan pantas jom saya tunjukkan kepada anda jalan shortcut nak cepat jadi Top Rated Seller di eBay!

<<<KLIK DI SINI>>>

Selamat Maju Jaya! Sekian, wassalam.