Easy Parcel menyediakan akses mudah untuk tempahan perkhidmatan penghantaran.
Ditubuhkan pada Jun 2014, misi syarikat ini ialah menyediakan platform perkapalan yang dipermudahkan di mana pemilik perniagaan boleh menempah apa-apa cara ‘consignment’ untuk penghantaran pada harga yang berpatutan.
Walaupun syarikat ini telah membangunkan sistem tempahan online yang cekap dan mesra pengguna, objektif mereka adalah untuk mengekalkan mentaliti perniagaan kecil dan melayan setiap pelanggan dengan sebaik mungkin.
Lebih daripada 50,000 orang dan perniagaan di Malaysia menggunakan Easy Parcel.
Platform ini membolehkan anda membuat tempahan untuk penghantaran dari beberapa syarikat kurier yang terkenal di Malaysia dan sudah tentu, pada kadar yang berpatutan.
Mengapa Easy Parcel?
- Tempahan Penghantaran Online Cepat dan Pantas
- Pelbagai Pilihan Kurier
- Jimat Pada Setiap Penghantaran
- Tracking Online Mudah
- Perkhidmatan ‘Door-to-Door’
- Team Support yang Berdedikasi
- Auto-Generated Consignment Note
- Tiada Komitmen Volume Diperlukan
- Terdapat ‘E-Commerce Integration’
CARA DAFTAR
Langkah 1: Layari laman web Easy Parcel dan klik pada “SIGN UP”.
Langkah 2: Anda boleh memilih untuk mendaftar menggunakan Facebook atau Google+ atau mendaftar secara manual. (Di sini kita akan menggunakan cara manual)
Langkah 3: Untuk pendaftaran manual, isikan e-mel dan kata laluan, kemudian teruskan dengan butang “SIGN UP”.
Langkah 4: Masukkan nombor telefon anda dan kemudian anda boleh klik pada “SEND CODE”.
Langkah 5: Masukkan kod pada slot yang diberikan dan klik “VERIFY CODE”.
Langkah 6: Dah SELESAI! Anda sudah boleh mula menghantar bungkusan anda hari ini.
.
CARA BUAT DELIVERY ORDER PERTAMA
.
.
Langkah 1: Klik “Send Parcel” dan pilih “Single Parcel” untuk memulakan tempahan anda.
.
.
Langkah 2: Isikan poskod pengumpulan dan penghantaran dengan berat bungkusan dan klik “Quote & Book”.
.
.
Langkah 3: Anda akan melihat senarai syarikat kurier yang tersedia untuk penghantaran anda.
.
.
Langkah 4: Pilih kurier yang anda suka dan klik “Book”.
.
.
Langkah 5: Anda boleh memilih kurier untuk mengambil bungkusan anda di depan pintu anda atau hantar ke cawangan kurier terdekat / Pgeon point. Kemudian, isikan butiran penghantar.
.
.
Langkah 6: Anda boleh memilih sama ada menghantar terus bungkusan ke depan pintu penerima anda atau Pgeon Point sebagai pusat pengumpulan. Kemudian, isikan butiran penerima anda.
.
.
Langkah 7: Isikan butiran bungkusan dan pilih tarikh pengambilan/penghantaran anda.
.
.
Langkah 8: Sebelum meneruskan pembayaran, anda boleh memilih untuk menambah ‘Tracking SMS‘ dan ‘Quick Return‘ untuk penghantaran anda.
.
.
Langkah 9: Sahkan tempahan anda dan klik “Check Out”.
.
.
Langkah 10: Anda boleh menggunakan kupon anda di sini. Kemudian, klik pada “Pay with Credits”.
.
.
Langkah 11: Anda klik pada ikon printer untuk download dan print ‘air waybill’ anda.
.
.
Langkah 12: Dah SELESAI! Anda kemudian boleh menyemak status penghantaran di tab “Parcel Status”.
.
So, itu sahaja!
Sekarang anda dah boleh fokus pada pembungkusan bungkusan anda dan tunggu pengambilan bungkusan itu oleh kurier yang dipilih tadi.
Dan jangan lupa untuk melampirkan ‘air waybill’ pada bungkusan anda.
Sekiranya anda perlukan sebarang pertanyaan, anda bolehlah menghubungi Easy Parcel seperti berikut:
- E-mel ke support@easyparcel.my (Untuk bantuan sokongan)
- atau sales@easyparcel.my (Untuk pertanyaan jualan)
- atau Live Chat di laman web Easy Parcel
.
Akhir Kata
Saya harap perkongsian artikel saya kali ni mengenai cara daftar dan cara buat delivery order pertama di Easy Parcel berguna untuk anda dan boleh dijadikan sebagai sumber rujukan.
Kalau anda teringin nak jual produk buat kali pertama dan hantar ke luar negara, tetapi anda tak tahu bagaimana caranya, apa kata anda klik link di bawah ni ya!
.
<<<Jual dan Hantar Produk ke Luar Negara Buat Kali Pertama>>>
.
Selamat Mencuba!