Produk Trend 2022 – Weight Loss

0

Hari ni saya nak dedahkan 2 jenis produk trend 2022 – ‘weight loss’ yang memang trending abis di platform online luar negara. Nak tahu tak? Kalau nak tahu, baca sampai abis ye artikel ni!

2 produk ‘weight loss’ yang saya maksudkan adalah ‘abdominal crunch straps‘ dan ‘shapewear‘. Jom kita lihat satu persatu dengan lebih detail ya!

1. ‘Abdominal Crunch Straps’

Industri kecergasan sentiasa mengikuti perkembangan terkini. Dan sekarang, kita melihat trend itu berkisar pada ‘abdominal crunch straps’.

Terdapat beberapa peningkatan baru-baru ini dalam beberapa bulan yang lalu untuk istilah carian seperti “abs”. Dan saya perhatikan pertumbuhan jualan yang kukuh untuk beberapa kedai online dalam bidang kecergasan ni.

produk trend 2022 weight loss 2

Dua saluran terbaik untuk mempromosikan produk seperti ini adalah pada platform berasaskan video seperti YouTube, Instagram dan Facebook. Anda boleh membuat video demonstrasi menggunakan produk atau tutorial senaman selama 10 minit yang memaparkan produk.

Untuk ‘call-to-action’, sebaiknya masukkan dalam video link bio anda atau dalam ‘product description’ untuk menggalakkan jualan.

2. ‘Shapewear’

Jualan shapewear semakin popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini, membuktikan ia bukan sekadar produk fesyen.

Apabila menambah produk ‘shapewear’ ke kedai online anda, pastikan ianya didatangkan dengan pelbagai gaya. Sebagai contoh, sesetengah wanita mungkin lebih suka pakaian shapewear berpinggang tinggi, manakala yang lain lebih suka ‘built-in bra’. Sesetengah wanita lebih suka memakainya di bahagian dalam pakaian mereka untuk membantu mereka kelihatan lebih langsing.

Di Google Trends, ‘shapewear’ telah berkembang dengan begitu baik sekali. Ia meningkat sedikit sekitar Mac, dengan puncak yang lebih besar pada bulan April.

Untuk berjaya memasarkan ‘shapewear’ ini, anda perlu sedikit kreatif dan target pada orang yang betul. Wanita yang bersaiz besar atau yang baru bersalin ialah sasaran yang ideal untuk jenis produk ini.

Anda boleh mempromosikan jenama anda dengan memberikan link affiliate ke blog ibu yang popular. Anda juga boleh menyasarkan ibu baru di Facebook jika anda merancang untuk mempromosikan produk ‘shapewear’ anda melalui pengiklanan.

Apabila memasarkan jenama atau produk ‘shapewear’ anda, ambil perhatian bahawa berat badan boleh menjadi topik sensitif, terutamanya dalam kalangan wanita selepas bersalin.

Kesimpulan

Dah tahu kan apa produk trend 2022 – weight loss kan, jadi tunggu apa lagi, pastikan 2 produk ni ada dalam ‘listing’ di kedai eBay atau kedai Amazon anda!

Jika anda belum ada kedai eBay atau kedai Amazon, jom belajar dengan ‘cikgu’ yang memang sangat-sangat ‘expert’ tentangnya!

.

<<<‘Cikgu’ Expert Tentang Kedai eBay & Amazon>>>

.

Selamat Mencuba!