Produk Trend 2022 – Produk Lelaki

0

Jom saya dedahkan pula kepada anda semua apa produk trend 2022 – produk lelaki pula ya! Sebenarnya ada 3 produk lelaki yang menjadi trending di tahun 2022 ni, tapi saya hanya akan kongsikan dengan anda 2 sahaja sebabnya satu lagi tu tak berapa sesuai untuk kita jual sebagai peniaga Islam kan!

Tapi tak pa…2 pun dah memadai sebabnya jika anda ‘list’ kan dalam kedai online anda seperti di eBay atau Amazon, boleh berdesup jualan masyukkkkk…

Jom kita lihat apakah produk trend 2022 – produk lelaki ni ye:-

1. ‘Men’s Watches’ / Jam Tangan Lelaki

Jam tangan adalah hadiah hebat semasa musim perayaan terutamanya Hari Krismas yang disambut oleh bakal pelanggan anda di luar negara. Tetapi itu tidak bermakna mereka tidak boleh menghadiahkannya pada ulang tahun perkahwinan, hari lahir dan majlis lain sepanjang tahun.

produk trend 2022 - produk lelaki 4

Mereka yang ingin memulakan perniagaan jam tangan dropshipping boleh menggunakan AliExpress untuk mencari jam tangan lelaki untuk dijual. ‘Bestsellers’ seperti ‘smartwatch’ dan ‘chronographs’  memberi anda peluang terbaik untuk mendapatkan beberapa jualan pertama anda jika di ‘listing’ kan di dalam kedai online eBay mahupun Amazon anda.

Google Trends menunjukkan bahawa ‘men’s watches’ telah meningkat dalam jumlah carian sejak tahun 2008. Musim kemuncak kenaikan cariannya pada bulan Disember, menjadikannya salah satu produk terbaik untuk dijual semasa cuti perayaan.

Banyak peniaga jenama jam tangan popular menjual jam tangan pada musim luruh dan musim sejuk serta aksesori lain semasa musim bunga dan musim panas untuk memastikan keuntungan sepanjang tahun.

Pemasaran menggunakan ‘Influencer’ dan ‘affiliate’ merupakan salah satu cara paling berkesan untuk mempromosikan jenama jam tangan. Anda boleh menghubungi ‘Influencer’ untuk mengambil gambar jam tangan anda dengan pelbagai gaya dan berkongsinya di media sosial mereka.

Semasa anda mula mendapat beberapa jualan pertama anda, anda boleh menawarkan kepada para ‘Influencer’ tadi link ‘affiliate’ untuk mempromosikan produk anda kepada ‘followers’ dan rakan mereka untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan.

2. ‘Men’s Shoes’ / Kasut Lelaki

Kasut juga cenderung memuncak pada musim cuti, tetapi produk ini telah mengalami pertumbuhan yang semakin meningkat semasa di luar musim cuti.

produk trend 2022 - produk lelaki 2

Salah satu produk yang paling popular untuk dijual pada tahun 2022 ialah kasut lelaki. Terdapat pelbagai gaya kasut untuk membantu memenuhi pilihan dan citarasa yang berbeza.

Jumlah carian untuk ‘men’s shoes’ telah meningkat selama bertahun-tahun. Disember ialah kemuncak volum carian di Google Trends, tetapi perhatikan bulan di antaranya; terdapat peningkatan cariannya juga.

Anda boleh memilih untuk membuka kedai kasut online sendiri atau menambahkannya sebagai koleksi produk di dalam kedai fesyen lelaki online anda. Cara paling berkuasa untuk memasarkan kasut lelaki ialah pemasaran menggunakan ‘Influencer’ di Instagram.

Apabila membina media sosial anda, sasarkan untuk mempersembahkan kasut lelaki anda dalam gambar gaya hidup. Anda boleh menggunakan gambar daripada ‘Influencer’ yang anda hubungi untuk kreatifkan lagi iklan anda di Instagram dan Facebook.

Kesimpulan

Cukup dulu 2 jenis produk trend 2022 – produk lelaki ni ye! Kalau kena gayanya anda ‘listing’ ke dalam kedai eBay mahupun Amazon anda, tak cukup tangan anda kena uruskan pesanan!

Bagi anda yang masih samar-sama nak memulakan kedai eBay ataupun Amazon, jom klik link di bawah ni, sebab ada seorang ni yang memang pakar dalam membantu ribuan peniaga Malaysia memasarkan produk di pasaran antarabangsa menggunakan platfrom eBay dan Amazon ni. Jangan lupa klik link kat bawah ni ya!

.

<<<Pakar Memasarkan Produk di Pasaran eBay & Amazon>>>

.

Selamat Mencuba!