Edit Video Tanpa Watermark PERCUMA di Android

0

Untuk makluman anda industri edit video berubah dengan pantas. Hari ini, pencipta dan editor video boleh mencipta video yang menakjubkan terus daripada telefon dan tablet Android mereka.

Walau bagaimanapun, mencari apps edit video untuk Android tanpa watermark bukanlah suatu perkara yang mudah tetapi tak mustahil untuk menjumpainya.

Ini kerana kebanyakan editor video Android mengeksport video dengan watermark yang tidak diingini, terutamanya untuk edisi percuma.

Jadi, pada artikel saya kali ni, saya akan kongsikan kepada anda 6 apps PERCUMA edit video tanpa watermark di Android anda. Jom kita lihat satu persatu…

1.InShot

video editor without watermark android

Anda tidak memerlukan pengetahuan khusus untuk mengetahui bahawa InShot ialah salah satu editor video Android terbaik tanpa watermark di Google Play Store.

Ini kerana aplikasi ini mempunyai lebih daripada 100 juta muat turun dan dinilai 4.8 bintang.

Walau bagaimanapun, InShot ialah editor yang ringan tetapi berkuasa yang akan mengeksport klip video anda dalam kualiti 4K atau 1080P.

Selain daripada menawarkan perkara-perkara asas untuk trimming, cropping, rotating dan banyak lagi, InShot juga menawarkan 60+ kesan transition dan 1000+ stiker untuk menyesuaikan foto dan video anda.

Apatah lagi, pengguna InShot boleh terus mengeksport kandungan ke media sosial. Menarik kan…

Kebaikan

  • Dipercayai oleh berjuta-juta pengguna Android.
  • Ia menampilkan semua fungsi penyuntingan video yang penting.

Keburukan

  • Ciri ‘zoom’ tidak berapa lancar.

2.YouCut

youcut ratings 2021

YouCut ialah satu lagi editor video Android PERCUMA yang dinilai tinggi sebanyak 4.8 bintang oleh pengguna Google Play Store.

Dengan YouCut, anda akan menikmati UI mudah untuk memisahkan dan memotong video sebelum membuat satu klip video yang cantik.

Sebagai tambahan kepada ciri-ciri ini, YouCut juga membenarkan pengguna melaraskan kelajuan video dengan menambah kesan gerakan. Anda juga akan memperolehi slide foto untuk membuat kolaj foto.

Dan yang pasti, YouCut tidak menambah sebarang watermark pada video anda.

Kebaikan

  • Video trimmer dan video cutter yang sangat baik.
  • Pelbagai pilihan kesan gerakan.

Keburukan

  • Tiada ciri kabur (blur) pada latar belakang (background).

3.Filmr

ratings of filmr

Filmr juga dinilai tinggi sebanyak 4.8 bintang di Google Play Store.

Editor video percuma ini disertakan dengan alatan advanced seperti filters, background music, motion effects dan banyak lagi.

Ia menampilkan kualiti pengeditan penting lain seperti trimming, cropping, splitting, dan rotating videos.

Anda juga boleh menambah kreativiti anda pada video dan foto menggunakan font.

Dan yang paling best, hanya dengan menonton iklan, anda boleh mengeksport video tanpa sebarang watermark.

Kebaikan

  • Alat edit video tahap profesional.
  • Boleh eksport video ke pelbagai format lain.

Keburukan

  • Pengguna mesti menonton iklan untuk membuang watermark.

4.FilmoraGo

ratings of filmorago

Wondershare FilmoraGo iaitu apps pengeditan video berciri penuh untuk Android tanpa watermark ni mudah digunakan dan menyokong sebarang format video atau imej yang mungkin anda miliki.

Mencipta video di FilmoraGo adalah sangat mudah kerana ia disertakan dengan banyak templat video percuma untuk dimuat turun dan disesuaikan.

Pengguna kemudiannya boleh menambahbaik video dengan stickers, filters, motion effects, text dan banyak lagi. Selepas itu, anda boleh terus berkongsi dengan rakan di aplikasi sosial.

Kebaikan

  • Berpuluh-puluh alat edit video lanjutan.
  • Boleh kongsi video terus ke aplikasi media sosial anda

Keburukan

  • Kualiti video yang buruk untuk pengguna percuma.

5.VN Video Editor

vn-video editor ratings

VN Video Editor mampu mengendalikan sebarang tugas penyuntingan video yang anda ada. Walaupun UI agak mudah, ia memberi keupayaan penyuntingan setaraf profesional.

Anda boleh klik untuk split, cut, apply effects dan tambah keyframe animations pada video di multi-layer timeline .

Selain itu, pengguna juga boleh menggunakan tajuk slaid dan tindanan teks berwarna-warni pada klip video mereka.

Yang paling best ialah anda boleh terus kongsi video anda ke Twitter, Facebook, YouTube dan banyak lagi.

Kebaikan

  • Anda boleh cantikkan video dengan tajuk slaid dan teks yang anda ingini.
  • Boleh diedit di multi-layer timeline.

Keburukan

  • Font style yang agak terhad.

6.Adobe Premiere Rush

ratings of adobe premier rush

Adobe tidak pernah mengecewakan apabila membuat aplikasi edit video untuk desktop. Tapi kali ni, syarikat ini berjaya pula membuatnya untuk pengguna Android.

Premiere Rush dilengkapi dengan beratus-ratus kesan bunyi, grafik, overlay dan soundtrack untuk membantu anda membuat video yang menarik.

Pada drag-n-drop interface, pengguna boleh mengatur foto dan video sebelum mengeditnya dengan cara cutting, splitting, cropping, tambah logo watermark dan banyak lagi.

Selain itu, pengguna boleh menambah kesan yang mengagumkan seperti split view dan picture-in-picture effects pada video mereka.

Kemudian, apabila semuanya sudah siap, Premiere Rush boleh mengeksport video anda dalam kualiti 4k.

Kebaikan

  • Output video berkualiti profesional.
  • Boleh diedit di multi-layer timeline.

Keburukan

  • In-app purchases mahal.

.

Itulah 6 apps PERCUMA yang saya kongsikan untuk anda cara edit video tanpa watermark. Cuba lah nanti ye. Nanti bolehlah anda kongsi dengan saya pengalaman anda mencubanya ye!

SELAMAT MENCUBA!!!

<<<Jom Mulakan Bisnes Anda di Pasaran Luar Negara>>>