Dropship Shopee Malaysia Tanpa Modal (Shopee Sebagai Supplier)

0

Orang yang buat bisnes guna model bisnes dropship dipanggil agen dropship. Agen dropship ialah ‘orang tengah’ atau wakil jualan dalam ekosistem perniagaan.

Boleh juga kita panggil marketer sebab agen dropship ni fokusnya hanya satu iaitu marketing; membantu promosikan produk orang lain dan menjana keuntungan melalui harga mark-up.

Melalui model bisnes dropship, kita boleh;

  • Menjual sesuatu produk tanpa perlu beli dulu produk tersebut.
  • Menjual sesuatu produk tanpa perlu simpan stok pun produk tersebut.
  • Menjual sesuatu produk tanpa perlu uruskan penghantaran produk tersebut.
Dropship Shopee Malaysia - Konsep Dropship

Secara ringkasnya, mula-mula agen dropship mencari produk yang nak dijual daripada pemilik produk atau kita panggil supplier. Kemudian, kita promosikan produk tersebut di platform jualan seperti Instagram, Facebook, TikTok atau kedai online e-Commerce

Bila ada orang berminat dengan produk yang kita promosikan dan ingin membeli daripada kita, pelanggan tersebut membayar harga jualan yang ditetapkan dan anda mendapat untungdari harga yang anda mark-up.

Kalau ada supplier yang dah tentukan syarat berapa harga jualan produk tersebut, kita kena ikut sebab itu syarat dalam perniagaan yang telah ditetapkan.

>>>Belajar Cara Buat Bisnes Ebay, Jual Produk Ke Luar Negara<<<

Kalau supplier tidak menetapkan syarat harga jualan sesuatu produk, boleh lah kita kaut keuntungan lebih tinggi! Sebagai contoh, harga standard sesuatu produk tu RM30 tapi supplier cakap, “Boleh jerr jual dengan harga berapa-berapa pun”.

Anda yakin anda boleh jual produk tu dengan harga RM70, jadi anda promosikan produk tersebut dengan harga RM70. Bila ada orang nak beli daripada anda, diorang bayar RM70 kepada anda tapi anda hanya perlu bayar RM30 sahaja kepada supplier produk iaitu harga agen untuk produk tersebut. Kat sini anda untung RM40!

Bila anda bayar harga agen kepada supplier, sertakan sekali dengan maklumat pelanggan seperti nama, emel, nombor telefon dan alamat penghantaran kepada supplier untuk diorang buat penghantaran produk tersebut.

3 Model Bisnes Dropship Shopee Malaysia

Bila bercakap pasal bisnes dropship Shopee Malaysia, ada 3 model bisnes yang kita boleh gunakan;

1. Jual Produk Orang Lain Kat Shopee

Yang pertama, kita jual produk orang lain kat Shopee. Contohnya, kita jadi agen dropship untuk produk founder tertentu. Kemudian kita jual dalam kedai Shopee kita sendiri.

2. Jual Produk-produk Shopee Kat Dalam Shopee Jugak

Okay, yang ni memang kreatif and work smart sikit lah…jadi agen dropship kepada seller yang berniaga kat Shopee, kemudian jual produk tu kat dalam kedai Shopee kita pulak.

3. Jadikan Produk-produk Kat Shopee Sebagai Supplier

Yang ketiga, kita jadikan produk-produk kat Shopee ni sebagai supplier produk kita dan jual kat luar Shopee. Contohnya, jual kat Instagram ke, Tiktok atau Facebook. Kita closing pelangganguna Whatsapp.

Tak kesah yang mana satu model bisnes dropship Shopee Malaysia yang anda nak buat, pastikan anda;

  • Chat dengan supplier produk dulu minta kebenaran jadi agen dropship,
  • …Tanya supplier produk, “boleh dapat harga agen (harga lebih murah) tak?”,
  • …Tanya supplier produk, ”boleh mark-up harga sesuka hati tak?”.
  • … Lepas tu barulah anda promosi dan jual produk tersebut.

Persoaalannya, antara ketiga-tiga model bisnes dropship Shopee Malaysia tu, yang mana satu kita boleh mulakan tanpa modal? Untuk menjawab persoalan tu, teruskan bacaan…

Kena Faham Impak ‘Tempoh Shopee Guarantee’ Kepada Seller Shopee

Kalau anda pilih untuk buat model bisnes nombor 1 dan 2 (Jual Kat Shopee), sebagai seller Shopee, anda tertakluk kepada polisi Shopee Guarantee.  Dalam polisi ni, Shopee akan hold pembayaran dari pembeli sehingga selesai tempoh Shopee Guarantee.

Bayaran dari pembeli hanya akan di release kepada seller Shopee lepas selesai tempoh Shopee Guarantee atau selepas pembeli Shopee menekan butang ‘Order Received’. Berapa lama tempoh Shopee Guarantee? Boleh memakan masa 4 hingga 9 hari jika tiada masalah penghantaran produk yang dibeli.

>>>>>Polisi Shopee Guarantee<<<

Dropship Shopee Malaysia - Shopee Guarantee

Ini bermaksud, anda tak terima bayaran dari pembeli dari saat pembeli membuat bayaran sehingga barang yang dibeli sampai pada pembeli dalam keadaan baik (lebih kurang seminggu).

Kalau bayaran belum boleh release pada kita, bagaimana kita nak bayar pada supplier produk supaya supplier boleh buat penghantaran kepada pembeli? Jadi di sini, Kalau anda pilih untuk buat model bisnes nombor 1 dan 2 (Jual Kat Shopee), anda terpaksa keluar modal dulu untuk buat bayaran pada supplier produk.

Kena guna modal sendiri dulu dan tunggu payment dari pembeli kat Shopee di release selepas seminggu mungkin tak ada masalah bagi sesetengah usahawan. Tapi ada segelintir usahawan yang baru nak mula berniaga mungkin tak ada modal langsung nak rolling pembelian produk dari supplier tersebut.

Solusi Dropship Shopee Malaysia Tanpa Modal (Shopee Sebagai Supplier)

Jadi, kalau nak mulakan bisnes dropship Shopee Malaysia tanpa modal, solusinya adalah guna model bisnes nombor 3; jadikan produk-produk kat Shopee sebagai supplier produk kita dan jual kat luar Shopee. Contohnya, jual kat Instagram ke, Tiktok atau group Facebook. Kita closing pelanggan guna Whatsapp.

Saya akan terangkan langkah demi langkah secara ringkas buat bisnes dropship Shopee Malaysia dengan cara jadikan produk-produk kat Shopee sebagai supplier produk dan promosi kat media sosial secara percuma (tanpa guna ads).

1. Cari produk yang anda nak jual kat Shopee.

Search apa-apa produk kat Shopee. Tapis produk ‘Local’, review 4 bintang dan ke atas,  ‘Prefered’, ‘Prefered+’ dan ‘Top Sales’. Sebagai contoh, saya cari singlet kurus untuk lelaki seperti di bawah…

2. Chat Dengan Seller Produk Tersebut

Tekan butang ‘Chat Now’ kat Shopee kemudian tekan butang ‘Make Offer’ untuk try minta harga lebih murah. Tanya seller produk tersebut dengan soalan-soalan yang saya dah terangkan dalam artikel ni kat atas tadi.

Dropship Shopee Malaysia - Chat seller Shopee

Contoh dalam gambar kat atas, seller tu dah bagi kebenaran saya jadi agen dropship untuk produk dia dan bagi kebenaran saya mark-up jual harga berapa-berapa pun. Cuma dia tak bagi harga lebih murah sebagai harga agen. Tapi takpelah, asalkan kita bertanya dan tawar-menawar dulu.

3. Promosi Kat Media Sosial Secara Percuma

Bila dah dapat kebenaran jadi agen dropship, kita hanya copy gambar dan description dari listing produk tu kat Shopee dan post ke Instagram, TikTok atau group Facebook. Letakkan sekali nombor Whatsapp kita.

Contoh macam dalam gambar kat bawah ni, sis ni jual singlet kurus untuk lelaki dengan harga RM40 free postage kat Instagram. Kat Shopee tadi baru Rm16 harganya termasuk postage. Jadi ada potensi dapat keuntungan lebih kurang RM24.

Jadi, betul lah kita boleh buat bisnes dropship dari Shopee tanpa modal langsung. Melalui langkah-langkah yang saya dah tunjukkan, anda dapat cut cost, minimumkan risiko dan elakkan kerugian dalam memulakan bisnes dropship Shopee Malaysia.