Cara Pos Barang Guna Pos Laju Online SendParcel

0

Pada tahun 2020, saya pernah buat bisnes online guna model bisnes beli borong dari China, promosi guna Facebook Marketing dan closing di Whatsapp. Bila beli borong, kita simpan stok produk dan perlu pos sendiri produk kepada pembeli.

Masa buat bisnes online guna model bisnes beli borong dari China ni, memang banyak guna masa dan tenaga sendiri, sebab saya buat one man show. Buat marketing sendiri, reply Whatsapp satu per satu dari pagi sampai malam, packing barang sendiri dan setiap petang pergi pejabat pos untuk pos barang.

>>>Belajar Cara Buat Bisnes Ebay, Jual Produk Ke Luar Negara<<<

Saya gunakan servis penghantaran Pos Laju dalam bisnes saya. Jadi, saya ada pengalaman sikit pos barang guna Pos Laju dari buat secara manual (beratur di kaunter dan tulis tangan) pada awal-awalnya sehinggalah tambah baik proses bisnes pos barang guna sistem online Pos Laju iaitu SendParcel.

Cara Pos Barang Guna Pos laju Online Intro 1

Ada 2 cara pos barang guna Pos Laju online iaitu guna sistem online SendParcel dan satu lagi guna aplikasi Pos Malaysia. Dalam artikel ni, saya akan terangkan cara pos barang guna sistem online SendParcel sahaja. Untuk cara guna aplikasi Pos Malaysia pula, anda boleh klik link di bawah nanti…

>>>Cara Mengisi Borang Online (E-Connote) Melalui Apps Poslaju<<<

Perbezaan Cara Pos Barang Guna Pos Laju Online SendParcel dan Secara Manual

Lihat gambar di bawah…

Di sebelah kiri adalah borang penghantaran (Consignment Note) Pos Laju kalau kita buat secara manual. Kita perlu pergi ke kaunter pos laju untuk dapatkan bungkusan Pos Laju bersama dengan borang ni, perlu buat bayaran di kaunter, perlu luangkan masa untuk isi borang dan kemudian baru hantar barang ke kaunter Pos Laju.

Di sebelah kanan pula adalah borang penghantaran (E-Consignment Note) Pos Laju yang di print sendiri di rumah secara online guna sistem SendParcel. Lepas dah selesai buat bayaran secara online, baru kita dapat print E-Consignment tersebut. Kemudian tampal pada bungkusan barang kita.

  • Tak perlu beratur di pejabat Pos Laju untuk ambil borang penghantaran.
  • Tak perlu bazir masa tulis tangan isi borang.
  • Tak perlu beratur di pejabat Pos Laju buat bayaran dan hantar barang.
  • Boleh pilih samaada nak drop-off sahaja barang di pejabat Pos laju terdekat atau suruh Pos Laju datang pick-up barang di rumah (bergantung pada lokasi tertentu).
  • Kalau kita pilih drop-off, kita datang pejabat Pos Laju untuk letak barang di kaunter sahaja, lepas tu balik.

Jom saya tunjukkan caranya…

Persediaan Cara Pos Barang Guna Pos Laju Online SendParcel

Sebelum kita daftar akaun SendParcel dan guna sistem online SendParcel, ada beberapa persediaan yang anda perlu tahu untuk memudahkan urusan nanti…

  • Anda perlu ada printer sendiri di rumah/pejabat untuk print E-Consignment Note.
  • Anda perlu tahu berat barang yang anda nak pos (selepas di bungkus).
  • Anda perlu tahu ukuran (lebar x panjang x tinggi) bungkusan barang yang anda nak pos.
  • Anda perlu ada sistem pembayaran online (Maybank2u, CIMBclick dan sebagainya).

Langkah-langkah Cara Pos Barang Guna Pos Laju Online SendParcel

1. Daftar Akaun SendParcel – Cara Pos Barang Guna Pos Laju Online

Pergi ke laman web SendParcel melalui link https://sendparcel.poslaju.com.my/. Klik pada butang ‘Sign Up’. Isikan semua maklumat seperti nama, alamat emel, password dan nombor fon. Kemudian klik ‘Sign Up’.

Cara Pos Barang Guna Pos laju Online - SendParcel

2. Sahkan Emel Anda – Cara Pos Barang Guna Pos Laju Online

Buka emel yang anda gunakan untuk daftar akaun SendParcel tadi. Klik ‘Confirm Account’ untuk sahkan emel anda.

3. Log In Ke Akaun SendParcel – Cara Pos Barang Guna Pos Laju Online

  • Pergi ke halaman utama laman web SendParcel tadidan klik ‘Log In’. Guna emel dan password yang telah didaftarkan.
  • Selepas masuk ke dalam dashboard SendParcel, anda akan diminta untuk sahkan nombor fon anda pula. Semak mesej yang dihantar oleh SendParcel di fon anda dan isikan Verification Code tersebut.
  • Masukkan Postcode alamat rumah atau pejabat anda dan klik ‘Submit’.
Cara Pos Barang Guna Pos laju Online - Log In SendParcel

4. Isikan Alamat Pengirim – Cara Pos Barang Guna Pos Laju Online

Kemudian, anda diminta untuk isikan alamat pengirim iaitu alamat rumah atau pejabat anda. Macam biasa, nak hantar barang kena ada maklumat dan alamat pengirim. Dah selesai, klik ‘Save Address’.

5. Topup Akaun SendParcel – Cara Pos Barang Guna Pos Laju Online

  • Ada 2 servis yang anda boleh gunakan dengan SendParcel; drop-off atau pick-up. Nak drop-off sahaja barang di pejabat Pos laju terdekat atau suruh Pos Laju datang pick-up barang di rumah anda (bergantung pada lokasi tertentu).
  • Kalau anda nak gunakan servis pick-up, anda perlu topup dulu untuk upgrade akaun anda. Kalau anda boleh hantar barang di pejabat pos (drop-off) dan tak perlukan servis pick-up, tak perlu topup dulu. Hanya buat bayaran online selepas checkout nanti.
  • Kalau anda berniaga dan kerap hantar barang, eloklah anda topup terus supaya memudahkan urusan nanti. Minimum topup adalah Rm50. Lagi tinggi anda topup, anda dapat harga lebih jimat untuk setiap KG.
Cara Pos Barang Guna Pos laju Online- Topup SendParcel

6. Print E-Consignment Note – Cara Pos Barang Guna Pos Laju Online

Sekarang kita nak print borang penghantaran untuk tampal pada bungkusan barang kita. Klik pada ‘Create Single Shipment’. Kemudian isikan semua maklumat sepeti dalam gambar di bawah…

  • Pilih drop-off atau pickup.
  • Pilih tarikh nak drop off atau pick up.
  • Pilih ‘Parcel’.
  • Isikan berat bungkusan barang (KG).
  • Isikan ukuran (lebar x panjang x tinggi)(cm)  bungkusan barang.
  • !!!Anda akan dapat tahu harga yang perlu dibayar selepas anda isi maklumat berat dan ukuran bungkusan barang.
  • Pilih jenis barang; electronics, fashion atau sebagainya.
  • Isikan nilai barang (RM).
  • Tulis description barang; printer, jam atau sebagainya.
  • Isikan maklumat pengirim.
  • Isikan maklumat penerima.
  • Pastikan semuanya betul dan klik ‘Add To Cart’.
Cara Pos Barang Guna Pos laju Online - Isi Alamat PEnerima
  • Tandakan ‘tick’ pada maklumat borang penghantaran yang anda dah buat tadi.
  • Klik pada ‘Select DropOff Point’ dan pilih pejabat pos yang berdekatan.
  • Kemudian klik ‘Checkout’ dan buat bayaran online seperti biasa.

Lepas selesai buat bayaran, klik pada ‘Download Consignment Note’.

Cara Pos Barang Guna Pos laju Online -Download E-Consignment Note

Print E-Consignment Note seperti dibawah. Potong dibahagian tengah. Satu salinan untuk tampal pada bungkusan barang yang nak di pos. Satu salinan lagi untuk simpanan kita. Sekarang, kita hanya pergi pehabat pos untuk tinggalkan bungkusan di kaunter sahaja.

Begitulah cara pos barang guna pos laju online SendParcel. Semoga dengan perkongsian ni, pembaca boleh selesaikan urusan isi borang penghantaran dan buat bayaran secara online di rumah sahaja. Tak perlu beratur dan membazir masa di pejabat Pos Laju.